berita

Setelah Sekian Lama Menanti, Abby Abadi Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Pramatang

September 27th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Diberikan peluang untuk hamil adalah nikmat yang cukup bernilai bagi diri seorang wanita, apatah lagi jika perkara itu berlaku di kala usia sudah mencecah 40-an. Walaupun rata-rata pakar perubatan tidak mengesyorkan perkara itu kerana khuatir dengan keadaan kedua-dua ibu dan anak, namun siapalah kita untuk menidakkan rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Terbaru, pelakon Abby Abadi selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pukul 10.45 pagi tadi, di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Abby yang dimasukkan ke hospital itu pada beberapa hari lalu, kerana mempunyai masalah darah tinggi, kini berada dalam keadaan yang sihat selepas menjalani pembedahan.

Alhamdulillah Allah permudahkan

Menerusi Instagram suami Abby iaitu Faizal, dia mengumumkan bahawa isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka pada pukul 10.43 pagi tadi. Bayi seberat 535 gram itu dan isterinya kini berada dalam keadaan yang sihat. Tambahnya, setakat ini doktor sedang memantau anak mereka di wad penjagaan intensif bayi (NICU) kerana lahir tidak cukup bulan.

Mohon ampun segala salah silap

Sebelum ini, Faizal memberitahu bahawa Abby terpaksa dibedah bagi menyelamatkan nyawa kedua-dua mereka. Ini kerana, pelakon tersebut sudah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin. Tekanan darah pelakon itu juga semakin baik kini, jika dibandingkan beberapa hari yang lalu.

Ucapan peminat

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Abby dan suaminya. Mereka turut meluahkan perasaan gembira terhadap pasangan tersebut.

Sumber: Faizal Zakaria

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×