berita

‘Setia Menunggu Isteri Disebalik Dinding’ – Kisah Suami Lindungan Kaabah Ini Buat Kami Sebak

August 28th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Selain menjadi ketua keluarga, suami juga merupakan tulang belakang isteri saat mereka menghadapi kesusahan. Malah, kekuatan sesebuah keluarga terletak pada seorang suami yang bertanggungjawab. Setuju?

Seperti perkongsian kali ini dari Azizul Azli Ahmad, kisah suami ini membuatkan kami semua sayu. Bayangkan dia setia menunggu isterinya yang terkena jangkitan kuman pada buah pinggang. Bertuahnya sang isteri..

Buah pinggang isteri terkena jangkitan kuman

sekadar gambar hiasan

Di hospital tadi saya nampak suami ini. “Isteri saya, buah pinggang kena jangkitan kuman”. Sejak isterinya ada di ICU saya perhatikan, dia berdiri menanti. Waktu pagi isterinya dikawal oleh pita lilitan agar pelawat tidak mendekati. Dia satu satunya pesakit yang dipasang pita lilitan seperti kawasan jenayah, “sesiapa tidak boleh dekati”. Barangkali itu maksudnya.

Ternyata petang bila saya ziarah sekali lagi, isterinya masih kritikal dan terpaksa dipindahkan kedalam bilik rawatan rapi ini. Lelaki ini sejak pagi, dia tetap menunggu isterinya. Sesekali anaknya datang sebelahnya. Saya singgah dan bertanya khabar keadaan isterinya. Anaknya sebaya Aqilah anak saya, saya kira. Diwajahnya ada kesedihan yang luar biasa. Dia bercerita keadaan isterinya dengan ada air mata bertakung dikelopak matanya.

Suami menangis isteri derita

sekadar gambar hiasan

Sedih yang luar biasa. Jarang ada lelaki yang jatuh air mata melihat isterinya derita sakit. Pasti ada banyak kenangan dan kebaikan isterinya yang menjadi ikatan cinta mereka. Saya sentuh dia, salam dan pegang tangannya erat. “Kita sama sama doakan moga dia kembali sembuh seperti sedia kala”. Janji saya. Petang tadi..

Keadaan isterinya semakin kritikal, sejak saya masuk petang ini. Saya perhatikan dia setia menunggu melihat isterinya disitu. Dia kekal berdiri dan melihat disebalik dinding yang berkaca.

Isterinya terlalu istimewa

sekadar gambar hiasan

Hati saya juga sebak melihatnya, sebab saya hanya menjaga seorang ibu. Pastinya isterinya istimewa dihati suami ini. Setiap keindahan perhiasan dunia. Hanya isteri solehah perhiasan terindah.

Moga isterinya dan bonda saya kembali sembuh dan hadapi ujian kesihatan ini dengan baik. Saya terkenangkan isteri yang saya tinggalkan dirumah menjaga anak anak saya tercinta. Kebaikkannya juga luar biasa. Abah Qilah. #Melihat Indahnya Hidup Berkasih Sayang.

Sumber : Azizul Azli Ahmad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×