berita

‘Setiap Barang Antik Ada Kisah Misteri’ – Drama ‘Seram Tak Seram’ Bakal Temani Korang Mulai Malam Ini!

June 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Bakal menemani para penonton semua di kaca televisyen setiap hari Khamis mulai malam ini sehingga 16 September nanti di TV9, drama ‘Seram Tak Seram‘ ini merupakan sebuah drama komedi seram yang menceritakan tentang kisah koleksi barangan antik yang dijual oleh seorang pemilik kedai bernama Sheikh Tahlul lakonan Jiggy Masin.

Ada 13 episod menarik

Drama yang bakal bersiaran selama 13 episod ini bakal menyaksikan Sheikh Tahlul menjual semua barang antik miliknya kepada para pembeli. Lebih seram, setiap barangan tersebut mempunyai kisah misteri yang tersendiri. Antara barangan antik yang dijual oleh Sheikh Tahlul ialah kereta, lampu suluh, telefon, radio, topeng, pedang, anak patung dan cincin.

Selain Jiggy Masin sebagai watak utama, beberapa orang pelakon undangan seperti Adam Correy, Joey Daud, Afifah Nasir, Acong Sweetchild, Zarina Zainoordin, Wans Ahmad, Ebby Yus, Zarul Umbrella dan Liza Abdullah turut menghiasi drama ‘Seram Tak Seram’ ini.

Seram Tak Seram

Kalau korang nak tahu apa yang berlaku dalam episod pertama malam ini, jangan lupa stanby di hadapan kaca televisyen pukul 9.30 malam nanti okay!

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×