berita

Setiap Hari Wanita Ini Beritahu Ibunya Yang Dia Hamil & Respon Diterima Sangat ‘Priceless’

June 6th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Korang semua pernah tak berdepan dengan pesakit Alzheimer? Alzheimer bukanlah ‘nyanyuk’ yang sekadar satu proses penuaan, penyakit ini menyebabkan daya ingatan seseorang merosot dengan teruk sehingga mereka ini tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Wanita ini hamil anak pertama dan sangat teruja beritahu ibunya berita ini setiap kali berjumpa tanpa jemu. Dan respon ibunya sangat priceless. :’)

Respon ibunya setiap kali beritahu dia hamil

Akibat menghidap penyakit Alzheimer, wanita ini sering lupa bahawa anaknya hamil. Dan anaknya tanpa jemu memaklumkan berita gembira ini setiap kali berjumpa. Respon yang diberikannya sangat teruja.

Video yang berdurasi 1.55 saat ini menyentuh hati netizen dan mendapat hampir 7k retweet di twitter.

Nak bayi ini tahu neneknya sangat teruja

Christine Stone merakamkan reaksi berharga ibunya, Setsuko Harmon setiap kali berjumpa.

‘Dah banyak kali saya berkongsi berita gembira ini dengannya, saya sangat terharu melihat reaksi ibu setiap kali saya beritahunya. Saya tak sabar nak tunjukkan bayi yang bakal lahir pada Oktober ini kepadanya.’

‘Saya juga nak tunjukkan video ini kepada anak bila dia besar nanti. Saya nak dia tahu bahawa neneknya sangat sayang dan teruja menanti kehadirannya.’

sumber : Twitter , Huffpost

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×