Cinta selepas kahwin tidak semuanya indah. Ada yang terpaksa menempuhi pengalaman menakutkan hidup bersama suami yang tidak dikenali hati budi sepenuhnya.
Seperti yang dikongsi wanita ini, selama dua tahun berkahwin dia menjadi mangsa pukul suami yang panas baran. Malah, sepanjang tempoh itu juga suami didakwa tidak bertanggungjawab.
Dalam 2 tahun ini banyak aku sembunyikan
Dalam suka ada duka. Mungkin dalam masa 2 tahun ni aku banyak sembunyikan. Sampai dah jadi macam ni orang terkejut. Bukan semua pepatah tu betul. Bercinta selepas kawen adalah lebih baik. Tapi aku silap. Betul orang tua kata. Nak memilih biar betol memilih. Jangan terlalu cepat untuk memilih. Mungkin masa tu aku terlampau frust. Aku tak fikir panjang. Sebab sebelum alam perkahwinan. Semua yang diceritakan adalah manis. Tapi apa yang aku dapat.
First kawen. Aku resign kerja. Follow laki. Konon nak jadi isteri yang baik la. Rela berkorban. First seminggu selepas kawen. Terus naik Klang bawak diri sorang2 naik bas dengan begnya. Sampai sana suami jemput dengan motor dan teksi jer (itu dikatakan dia yang bawak aku ke sini). Sampai jer dekat rumah. Tanpa ada apa-apa. Tapi aku stay okey. Tanpa tikar getah. Tanpa perabut. Hanya yang ada tilam dan bantal jer. Ada duit hantaran aku guna beli cat. Suami pergi kerja aku cat jer rumah. Masa tu belum kerja lagi. Sebulan kemudian family ko datang (kita sebagai isteri. Jemput family datang mesti nak masak) beli tu beli ni. Sekali mertua cakap masak sikit-sikit jer yang kerja anak dia je.
Aku ni tak kerja. Okey aku faham. Aku sabar lagi. Lagi tiba masa aku yang disalahkn sebab sensitif. Kalau ko… apa yang ko rasa. Buat tu tak kena buat ni tak kena. Aku merajuk. Bawak diri. Balik kampung (memg salah aku tinggal mertua macam tu jer) daripada sakit baik belah awal-awal. Tu pon dalam masa yang sama proses untuk rumah. Selesai urusan di kampung, balik Klang. Apply kerja. Tak sampai seminggu dapat kerja. Dalam masa seminggu jugak aku diberi rezeki yang paling bermakna dalam hidup ku. Aku hamil.
Okey. Stay macam biasa ulang alik dari bss ke sentosa. Agak jauh. Tapi sebabkan nak ubah nasib famly kecil nie aku rela bertungkus lumus kerja. Pos motor dari kampung. Hari-hari ulang alik kerja rempuh lalu lintas kiri kanan lori. Masa tu sebab tak biasa dengan keadaan jalan. Dalam masa training aku nk call mak ayah pun tak sempat. Keluar pagi balik malam. Tiba masa bapak mertua aku marah sebab aku tak ada pun masa untuk tanyakan khabar.
Tapi mak ayah aku stay ok. Tak ada cakap apa-apa. Sebab dia tau anak dia sibuk. Hari demi hari rempuh je dugaan macam tu. Bila dah posting dapat dekat dengan taman aku duduk. Kerja dah senang. Duduk pulak bawah manager laki. Boleh pulak cakap aku ni ada apa-apa dengan manager tu. Sedangkan hari kerja kita orang tak ada pun dalam masa yang sama berdua dalam satu kedai. Sebab kerja 99 ni masuk pagi balik malam. Tiba masa cakap aku curang. Isteri mana tak naik angin.
Bila dah nampak senang. Mintak nak resign jadi suri rumah tak bagi pulak. Dah nak buat macam mana. Aku gaji dia yang manage duit. Start 1hb sampai 20hb semua makan minum pakai gaji aku. 20hb sampai 30hb guna gaji dia. Tu pun 20 ringgit satu hari jer. Selit dekat bag. Bila masa mintak share komitmen. Tak nak.. Rela nak manage macam tu. Hati mana tak sakit. Kerja non stop sebulan. Tapi tak ada apa yang boleh beli untuk keperluan diri. First gaji aku beli mesin basuh. Semua second jer. Janji bermakna bagi aku sebab tu dengan hasil titik peluh aku sendiri.
Ada sengketa antara keluarga
Kali kedua gaji aku beli tikar getah. Tu pun tak ada mintak tolong orang. Naik motor buruk laki bawak la dari kedai sampai umah nak tercabut lengan-lengan. Tapi pikir nak senang bukan senang. Sebab aku asal hidup dari orang susah. Nak apa-apa kena usaha sendiri. Dari rumah tu tak ada apa-apa hingga aku boleh beli semua barang yang ada dalam rumah tu. 9 bulan mengandungkan Aisy. Hari-hari ulang alik dari Port Klang pergi bank 2x sehari naik motor je. Dengan kiri kanannya lori kontena.
Tapi sebab nak ubah nasib aku korban. Sebab apa. Suami banyak komitmen. Bayar rumah sewa mak bapak kat kampung. Bayar rumah kat Klang. Bayar kereta yang duduk kat kampung. Kadang-kadang nak servis kereta pun mintak duit kat Klang. Tapi tak apa. Aku sabar je lagi. 4 bulan bekerja aku keluarkan kereta. Dekat situ dah start dah mulut-mulut yang beransur nak jatuhkan aku. Tu family sendiri, ‘tu nampak orang senang dia pun nak senang jugak’.
Sedangkan aku amik kereta tanpa guna satu sen pun duit suami. Hanya dia sebagai gerento. Dulu cukup susah. Nak balik kampung hanya naik bas. Masa tu tok sakit. Terpaksa tunggu stesen bas bukak dulu pagi bertolak petang baru sampai. Nasib sempat hingga saat terakhir arwah. Selepas 9 bulan keluarlah anugerah terindah ibu. Muhammad Aisy Mirza bin Muhammad Farhan diberi nama. Ketika itu bermula la sengketa di antara keluarga. Nak tanya pendapat. Orang berpantang boleh ke hulu ke hilir? Nak buat mcm orang yang sihat. Kita ni berjahit. Bukan tak berjahit.
Okey. Ma abah cakap. Tak apa. Nak tengok cucu. Nak main dengan cucu datang la dekat umah. Nak tido sini pun boleh jagakan cucu. Tak kan nak duduk denga mertua. Mertua kerja kot. Lagi pun tu anak sulung mana aku tau nak buat apa. Mesti nak mak sendiri ada di sisi jagakan kita kan. Aisy dalam 40 hari dia adalah budak kuat nangis. Masuk maghrib je nangis. Tiba masa datang ambil si Aisy tu buat balik kt umah dia. Aku duduk kt rumah ma abah. Buat balik dalam keadaan berpakaian elok. Hantar dalam keadaan tangis tanpa sehelai kain atas tubuh. Hati mana tak sedih tengok anak dalam keadaan macam tu. Dah banyak kali macam tu. Cakap tak dengar. Kata family kita tak bagi main dengan cucu. Kan dah cakap. Nak main datang. Budak tu bukan umur 2 3 tahun. Baru dalam pantang. Bila menangis tinggal.
Yang jadi mangsa ma abah yang hiburkan sampai larut malam. Tak tahan sangat panggilkan ustaz. Akhir sekali tak puas ati. Pergi komen dekat gambar Aisy. Anak dengan bapak sama jer. Nak pisahkan cucu dari tok nenek. Terus aku whatapp. Mula-mula aku stay panggil abah. Tapi bila dia cakap aku mu dan cakap aku ni baka bodoh. Dekat situ aku dah hilang rasa hormat. Sehingga gaduh seperti musuh. Selepas dari tu aku tak jejak lagi kaki dekat rumah mertua. Disebabkan laki yg cakap dia nak berubah. Aku stay okey. Pikirkan anak. Okey hadap seperti biasa. Nampak senang sikit mula nak cucuk. Pastu gaduh tak pernah senang. Mungkin time keluar nampak happy balik rumah gaduh. Yerla sebab kita nak lebih dari orang.
Bila diam dikira murung. Merajuk. Bila bising. Kata nk gaduh. Habis mana satu yanag nk buat. Balik kerja penat-penat gaduh. Mesti ada yang tak kena. Dengan dia yg nak masuk campur hal kerja. Cemburu tak bertempat fitnah yang kita zina dengan orang laen tempat kerja sampai dapat zuriat Aisy. Kalau Aisy bukan anak ko kenapa Aisy sebijik muka ko. Dan kalau dia bukan ank ko.. Kenapa family ko beria nak berebut Aisy. Sedangkan time kerja nak pegi bank aku keluar sekali dengan ko. Balik kerja sharp dengan masa. Tiba masa duk bercakap yg aku tak masak buat ko… Habis selama ni yg ko duk post bawak bekal pergi kerja sapa yg masakkan.
Dalam masa 9 bulan aku stay cari masa waktu rehat masakkan untuk suami. Sebulan puasa. Tak pernah tak masak. Hari2 makan yg masak. Tu dikatakan tak masak. Cakap aku kurang ajar cakap macam celaka dengan laki. Kalau aku betol takkan aku nak diam. Kalau aku tak berzina… Tak kan aku diam… Sampai satu tahap bergaduh… Ko sanggup ambil pisau nak sembelih Aisy… Sebab dia penyebab menantu dan mertua gaduh… Saat tu tuhan jer yg tau….. Terus peluk Aisy….. Aku nangis je… Dan aku mampu ckp… Sebelum ko bunuh anak aku ko bunuh aku dulu….
Saat tu ko sendiri terus buang pisau kat bawah kerusi. Tapi aku diam. Tanpa buat report. Sebab aku pikir mungkin sebab baran ko tak boleh nk sabar… Setiap kali gaduh semua isu dibangkitkan…. Sabar… Diam… Biar orang nak cakap kita murung… Sejak dari ko berani naik tangan aku dah mula simpan dendam… Tapi dalam masa yg sama aku sabar dan stay dengan ko…. Dalam masa yg sama… Menyesal sebab bagi peluang kedua untuk ko…… Aku tak nafikan yg ko banyak tolong… Kemas rumah… Jaga anak… Urutkan isteri… Yg tu tak nafikan…. Tapi dalam masa ko jaga anak… Bila dia buat silap dan nakal mesti ko akan pulas jari dia… Sampai budak ni nangis…. Ko maki dia…. Dengan perkataan yg tuuuutt… Sekarang budak ni kecik lagi tak tau apa2… Baru nak masuk setahun time tu… Bila nak main… Ko tak boleh tengok rumah bersepah… Ko kemaskan… Bila dh tak ada mainan… Dia main kipas… Jatuh… Ko gigit dia sampai lekat kesan… Aku balik rehat tengah hari hairan… Pagar kunci… Tapi anak main dekat parking… Ko ada dalam rumah… Tengok tangan dh macam tu…
Ditendang, ditarik rambut
Hati mana tak nangis… Tengok anak macam tu… Org yg nakkan anak hari-hari berdoa moga dapat anak…. Kita yg ada anak lakukan macam tu… Sekarang aku tak ada bukti… Aku tak buat report pe semua… Tu silap aku… Setiap kali gaduh…. Tangan dah mula hayun… Sampai aku dalam bilik air ditendang sehingga lekat bekas pada lengan. Pergi kerja. Mengadu dekat staff yg aku dah anggap adik… Tapi stay tak buat report… Tapi yg last kejadian ni… Sebenarnya pasal nasi je… Okey…. Ko bayang… Ko dapat gaji 1hb…. Keluar pegi mall tanpa duit dalam bag…. Gaji ko laki ko yang manage… Tiba masa dia gaji duit ko dikatakan dh habis… Apa ko rasa… Bila keluar tanya nak makan apa….
Habis… Nak cakap nak makan apa… Sebab duit tak ada dengan ko… Tapi dlm bag laki ko. Mesti akan jawab ikut… Okey… Kalau dah ikut tak pela mana2… Cakap nak makan nasi dengan tomyam… Okey aku turut jer… Sampai jer dekat kedai cakap kedai ni mahal… Tapi stay nak pergi kedai depan yang dah 2 minggu tak bukak. Aku bersuara. Mana tempat sama je… Okey… Aku amek keputusan untuk balik dah nampak berkira sangat… Ingat perut ni boleh tahan sampai pagi…. Apa tak sampai pagi dah lapar. Aku stay tak da mood… Bukak peti tinggal sebiji jer telur…. Okey la… Tanya laki… Nak makan ke tak nak… Okey dia cakap tak nak… Takpela… Sebab sebelum ni balik kerja kol 10.30 tengok dia dah tido dengan anak… Jadi tak nak kejutkan la…. Tiba masa turun marah2 sebab tak masak buat dia sekali… Okey…dah dia tak nak… Aku goreng telur rendam dengan budu…. Masak nasi… Tiba masa turun tanya nak makan apa… Cakap la tak payah la… Dah masak nasi… Makan je yg tu… Makin ditanya soalan yg sama bertubi2… Last skali senyap main dengan anak dekat buai Aisy….
Kejap je datang tarik2 rambut… Aku terus nangis… Sebab mak bapak aku tak pernah sentuh aku… Tapi ko ni dah melampau…. Tak mudah…. Aku bangun… Aku bahan lengan dia…. Cakap dari ko buat mcm ni…. Baik ko bunuh terus aku…. Ko dh melampau… Elok la mak bapak ko agungkan ko… Nak makan. Nak minum anggota hantarkan… Ko sakit ko nak pergi hospital anggota bawakan…. Tiba masa semua sendiri…. Lepas tu ko pukul belakang aku… Terus aku lari… Mana… Semua komitmen yg ko tanggung semua kat kg…. Habis dekat mana tanggungjawab ko…. Sampai nak akikah dan cukur jambul anak pom semua bini yg kuarkn duit…. Mana nafkah ko sebagai suami…. Hanya tmpt tinggal… Walau dalam sbulan tak pernah aku request nk beli tu nak beli ni… Apa2 usaha sndiri…. Walaupom sehelai baju raya…
Tapi apa yg aku korbankan sia2 je… Tkt kna bucu tangga… Dah duduk pelok anak…. Boleh ko keliling aku sambil ludah… Hinanya aku saat tu… Nangis tanpa kata… Terus bangun ludah sebijik masuk bilik i… Habis aku hncurkn barang dalam bilik i… Keluar bilik i nekad nk lari rumah… Boleh ko ambil semua kunci kereta dan motor, bag duit dan hp… Dan lagi sekali ko pukul aku… Sehingga patah hidung… Saat tu nekad utk buat report…. Ikotkn malam tu ko dah lingkup dalam lokap… Dan kerja entah kemana…. Tapi aku ada ihsan… FIkir lagi… Kalau ko terbuang kerja…. Ko nak kerja apa… Tapi sikit pun ko tak pikir untuk aku… Aku hanya buat report sebagai cover diri je.. Selepas dari hari tu… Tunggu family dari kampung datang… Pergi klinik.. Klinik tolak pergi hospital sebab pendarahan dekat mata… Xray hidung patah…. Dalam hari yg sama aku dapat rumah lain apa semua… Dalam masa satu hari angkut barang…. Tapi bila dh angkut kata kita nie khandak… Yer aku khandak… Sebab semua barang atas rumah tu 1sen pom laki aku tak keluarkan duit… Bila aku senyap… Tutup aib ko… Sampai urusan mahkamah… Makin ko menjadi-jadi… Dari yg kampung… Dari dlm fb dan dari mulut ko sndiri… Duk menjaja bnda tak betul… Cakap aku yg mulakan angkara… Aku celaka… Aku tak masak buat suami….Aku tak melayan suami… Aku kurang ajar dengan suami… Pastu dk belit cerita kata aku ni yg nk cerai sebab dah tau yg ko tu dah kantoi kaeen dua… Sebab aku hina mak ko… Sebab aku segalanya…
Dah benci kata benci… Tak perlu nak menjaja…. Nak datang tempat aku kerja semata-mata nak raih simpati… Walau apa yang jadi aku tetap dengan pendirian aku… Tetap jalan solo bersama insan tercinta Muhammad Aisy Mirza… Aisy kekuatan ibu…. Aisy cahaya buat ibu… InsyaAllah selagi ibu sihat nafas lagi bernyawa… Ibu takkan abaikan adik… Nasib ko dapat family aku yg sentiasa layan ko seperti tetamu.. Walaupun tau anak sering dipukul…. Kalau ditempat org lain… Mungkin ko ditumbuk… Tapi sekali lagi ko ganggu aku… Tak teragak2 aku report polis…. Sekarang sabar aku dh hilang makin hari makin Allah tunjuk perangai sebenar…. Dengan aku yg dapat bukak fb ko… Sedangkan selama kawen tak pernah bukak fb laki sebab percayakan laki… Moga ada hikmah disebalik pengorbanan dan kesabaranku…
Terima kasih tulang belakangku.. Tanpa korang mungkin aku dh tak ada kt Klang… Bukan niat nak aib kan sapo2… Tapi makin aku senyap makin kuat cerito aku dengar…. Dekat sebulan menyepi cari kekuatan sendiri… Fikir dan hadam betul-betul…
Sumber : Nurul T-yah Lavender