Kumpulan Dolla telah melancarkan album pertama mereka yang dinamakan ‘New Classic’ secara digital, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Seksi-Seksi Macam Ini Tak Berkenan’ – Nenek Tegur Imej Seksi Syasya Dolla
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nenek Tegur Imej Seksi, Syasya Dolla – ‘Niatnya Baik, Tapi Saya Tak Mahu Berpura-Pura…’
Ambil masa lebih kurang setahun
Dihasilkan oleh produser tempatan dan antarabangsa yang amat disegani di rantau ini seperti Hyuk Shin dari Korea Selatan, album tersebut mengandungi tujuh buah lagu yang terdiri daripada lima lagu baru dan dua lagu yang telahpun dilancarkan terlebih dahulu.
Menurut Dolla, album ini menggabungkan pelbagai genre dari Dance-Pop ke R&B. Dari lagu-lagu berentak rancak sehinggalah irama mid-tempo dan soul, ia benar-benar mengetengahkan bakat muzikal serta versatiliti setiap anggota DOLLA.
Ujar salah seorang anggota kumpulan Dolla iaitu Tabby, album ‘New Classic’ ini juga bakal mendefinisikan semula intipati lagu yang dianggap evergreen dengan membawa kewibawaan yang baru, perspektif muzik DOLLA yang lebih segar serta naratif penerapan keyakinan tinggi dalam diri setiap individu, menjurus kepada kekuatan wanita.
Tambahnya lagi, ‘New Classic’ bukan sahaja sebuah album yang menghiburkan malah ia sarat dengan mesej penting.
Generasi masa kini mempunyai tanggungjawab untuk menghasilkan karya-karya ‘evergreen’ untuk masa hadapan.
Sebagai wakil artis dari generasi ini, kami sedaya upaya cuba untuk menggalas misi ini dan bekerja keras agar dapat menghasilkan lagu-lagu yang akan terus diminati dan menjadi inspirasi generasi selepas kami.
Disoal mengenai jangka masa penghasilan album ini, Tabby berkata mereka mengambil masa lebih kurang setahun.
Setiap lagu mempunyai ‘vibe’ berbeza
Menurut Syasya pula, proses rakaman album ini agak mencabar kerana setiap lagu amat berlainan di antara satu sama lain, dan secara individu, ia mempunyai ‘vibe’ yang berbeza.
Kami amat bersyukur atas bimbingan serta tunjuk ajar yang kami terima dari semua yang terlibat dalam pembikinan album ini.
Sekadar info, Dolla dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby. Mereka mula menggegarkan industri muzik Malaysia pada tahun 2020 dengan single mereka yang pertama, ‘DOLLA Make You Wanna’, dan terus mewarnai persada muzik negara sehingga kini.
Dikenali dengan gaya yang dinamik, amat bercita-cita tinggi serta berani menampilkan ekspresi yang berlainan, bukan sahaja dari segi muzik malah penampilan, DOLLA benar-benar mewakili elemen serta karakter generasi masa kini.
Setakat ini, kumpulan tersebut telahpun melancarkan tujuh (7) single solo dan lima (5) lagu kolaborasi bersama artis lain yang telah berjaya menawan perhatian peminat muzik negara dan mengumpulkan pengikut platform media sosial kumpulan tersebut dari serata dunia.