berita

‘Setiap Orang Ada Ujian, Cabaran…’ – Aeril Zafril Sekeluarga Terkena ‘Sihir’ Buatan Orang

February 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafril, menerusi satu foto yang dimuat naik di laman Instagramnya memaklumkan dia dan keluarganya ‘dipercayai’ telah disihir oleh seseorang individu.

Namun, sihir tersebut dapat diselamatkan menerusi bantuan individu yang mahir dalam bidang tersebut.

Setiap orang ada ujian

Menerusi posting tersebut, Aeril memberi gambaran seolah-olah dia dan keluarganya terkena sihir oleh seseorang baru-baru ini.

Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan ALLAH sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang. Begitu juga dengan saya, Alhamdulillah, Allah hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif – saya dan keluarga terselamat daripada permainan ilmu sihir ‘seseorang’ baru-baru ini.

Pada masa yang sama, dia juga memohon maaf kepada semua pihak jika ada terguris perasaan terhadap apa yang telah dilakukan olehnya selama ini.

Sejujurnya saya memaafkan perbuatan aniaya ‘pihak itu’ kepada saya. Selebihnya saya serahkan pada ALLAH Rafiqul A’la. Semoga bertaubat dengan sesungguhnya. Saya mohon ampun maaf pada semua. Saya serahkan diri saya, isteri dan anak2 kepada sebaik-baik tempat berlindung dan perlindungan Yang Maha Menyelamatkan – ALLAHhu Robbi.

Tidak berakhir di situ, dia juga mengajak individu yang tidak berpuas hati dengannya untuk bersemuka secara berdepan dan sanggup memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan olehnya. Bahkan, dia turut berserah kepada Allah S.W.T. dengan ujian yang menimpanya ini.

Saya mohon maaf

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Sumber: Aeril Zafril 

SKIP THIS AD ×