Ada yang suka ayam goreng tak dekat sini? Ha…bila cakap pasal makanan ni, korang mesti ada cara korang sendiri untuk nikmati ayam tu kan?
Ada setengah orang kata ayam goreng jenis macam ni sedap, tapi ada pula sebaliknya. Apa-apa pun semua berbalik pada tekak masing-masing. Kalau korang pula, macam mana cara korang nikmati ayam goreng? Ha…agak-agak ada tak macam yang kami senaraikan dekat bawah ni!
1. Makan bahagian isi dulu, last sekali baru makan kulit!
Siapa dekat sini suka kulit ayam? Memang tak dinafikan bahagian ayam yang inilah yang paling berperisa dan rangup!
Ada tu yang siap simpan dekat tepi dulu, last sekali bila dah habis semua makanan baru dia makan kulit ayam. Bak kata orang, save the best for last kannn! Lagi-lagi bila dapat kulit ayam yang crispy tu, bila makan kruk kruk lah bunyi dia!
2. Suka yang extra pedas barulah kick rasa dia!
Ayam goreng ni selalunya ada dua pilihan antara pedas atau tak pedas. Kalau korang pergi beli dekat kedai, mesti korang akan buat pilihan mengikut citarasa korang kan? Yelah…sebab ada yang jenis tahan pedas, ada juga yang tidak.
Tapi, kalau min pula, mesti min akan pilih yang extra pedas, barulah kick rasa dia kan! Orang kata, pedas tapi sedap lah. Dapat pula time panas-panas baru masak tu, pehhh makan sambil berkerut kening wehhh!
3. Makan dengan nasi atau apa-apa sides!
Ayam goreng ni sebenarnya adalah salah satu makanan yang boleh dikatakan special juga tau. Mana taknya, korang juga boleh makan dengan pelbagai hidangan sampingan lain.
Contohnya macam fries, nasi dan sebagainya. Memang bertambah-tambah selera kalau dapat makan macam tu kan.
4. Lebih suka tulang, lagi-lagi bahagian kepak & peha
Dalam banyak-banyak bahagian ayam, bahagian mana yang korang paling suka? Ada orang suka peha ayam, ada pula memilih bahagian dada. Malah, ada juga yang sukakan kaki ayam.
Tapi, kalau setiap kali pergi kedai je, mesti bahagian kepak dengan peha je yang habis dulu. Korang semua memang suka makan bahagian yang banyak kulit dan tulang je eh? Haha…min pun sama sebenarnya, kalau nampak je bahagian tulang macam tu, memang terus ambil!
Ha…jadi korang team yang mana satu?
Macam mana? Ada tak yang sama macam kami cakap dekat atas tu? Tak kisah lah eh, asalkan korang dapat makan ayam goreng! Tapi dalam banyak-banyak ayam goreng pula korang suka yang mana satu?
Kalau min, min memang suka betul dengan Ayam Goreng McD. Katanya ayam goreng ni pun memang favourite orang ramai juga tau!
Ha…baru-baru ni team kami telah melakukan ujian blind taste untuk mengetahui ayam goreng manakah yang terbaik yang pernah mereka rasa. Apa kata korang check it out dulu video dekat bawah ni:
Kalau korang terasa nak makan jugak, apa tunggu lagi order la ayam goreng favourite min ni dekat McD! Senang je, order kat McDelivery atau korang boleh beli di mana-mana McDonald’s berhampiran.