Setiap orang ada definisi berjaya mereka sendiri. Tak semestinya berjaya tu tertumpu kepada pekerjaan, kekayaan atau perkahwinan. Asalkan korang ada satu target dan korang berjaya mencapai target tersebut pun boleh dipanggil sebagai kejayaan.
Nak jadi berjaya ni pula ada macam-macam cara. Ada cara yang sesuai dengan kita ada yang tidak. Yang penting, jangan berhenti mencuba.
Jom tengok apa lagi cara yang boleh korang cuba untuk berjaya! Kita hustle sampai dapat hasil yang kita mahukan!
Memotivasikan diri sendiri
Siapa lagi yang nak upkan diri kita kalau bukan diri kita sendiri betul tak? Orang sekeliling memang pandai cakap, yang rasanya kita. Jadi, kita biar je mereka berkata-kata. Yang baik kita amik, yang tak baik tu kita ignore je guys.
Hari-hari korang motivasikan diri sendiri. Korang nak berjaya, korang nak berjaya, korang nak berjaya!
Sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab
Kejayaan tu tak akan datang bergolek. Hari buat tak semestinya esok terus jadi. So korang kena lebih berdisiplin dan bertanggungjawab untuk ikut rutin yang dah korang tetapkan untuk berjaya.
Contohnya kalau korang nak kurus, mana boleh baru 3 hari jogging dah berhenti! Macam mana nak jadi macam tu kan? Ha korang kena konsisten dan bersabar. Great things takes time kan bak kata omputih?
Fokus pada matlamat korang
Tumpukan perhatian dekat satu benda dulu. Jangan harini nak buat lain eh esok nak fokus lain pulak. Terlalu banyak fokus dalam satu masa boleh makan diri korang sendiri. Lama-lama nanti korang penat terus cancel semua target. Kan dah susah. Nak mula bukan senang tau..
Belajar dari kesilapan
Macam admin cakap tadi, mesti ada satu dua cara yang korang dah ikut tapi tak berjaya. Jangan terus mengalah, korang belajar dari kesilapan.
Duduk, tenangkan fikiran dan tulis balik apa yang korang dah buat dan cuba tengok dekat part mana yang salah. Jangan buat dalam keadaan marah. Pastikan korang dah bertenang baru korang fikir baik-baik.
Gambarkan destinasi kejayaan korang
Berangan tu free je guys. Walaupun baru sehari korang mulakan journey korang tu, tak salah kalau korang dah mula gambarkan macam mana haluan target tersebut. Kalau tak ada gambaran tu lagi bahaya.
Kalau korang plan nak bukak kedai, ha mungkin satu hari nanti korang boleh buat cawangan? Dari berangan ni lah yang buat korang berkobar-kobar nak capai impian korang tu tau. Lagi semangat rasa!
Jom kita sama-sama ‘hustle demi hasil’! Dengan MILO® sebab ia mampu mengekalkan bertenaga untuk kita mencapai segala keinginan tau!
Nak capai impian memerlukan tenaga yang amat banyak! Bahkan, nak berfikir pun makan banyak tenaga walaupun badan tak bergerak tapi otak berpusing ligat!
Sebab tu korang perlukan Milo untuk bantu kekalkan tenaga sepanjang masa dan MILO® sangat mengalakkan korang untuk sentiasa berusaha untuk ‘hustle demi hasil’!
Campuran MILO® Mixes tersedia dalam kemudahan MILO stik & sachet untuk memudahkan kehidupan korang. Korang tau tak yang MILO® Mixes memang memenuhi keperluan tenaga dan keperluan pemakanan untuk semua orang terutama orang dewasa? Tak perlu risau kalau korang sibuk dan lupa nak makan dah.
Dengan peket berbentuk Stix dan sachet ni, mesti sempat untuk korang layan satu mug MILO®. Dah kenyang barulah boleh fikir dengan lebih jelas dan teruskan hustle korang tu.
MILO® juga ada Mixes Range tau! Boleh kongsi ramai-ramai. Kejayaan kan lagi manis bila kita dapat kongsi bersama!
Bila minum ramai-ramai ni rasa moment tu lagi best. Dengan 4 varian yang sedap ni, kawan-kawan korang boleh pilih mengikut kesukaan mereka! Tak kisah lah macam mana pun cara korang suka minum MILO® semuanya ada dalam MILO® Mixes Range ni. Menarik kan? Sambil-sambil minum boleh juga bertukar pandangan atau kenali rakan-rakan sekerja dengan lebih lagi.
Antara rangkaian MILO® MIXES RANGE yang ada ialah:
- MILO® 3 in 1
Kebaikan tenaga MILO® dengan rasa coklat malt yang lebih ‘kaw’. Yang suka minum milo kaw-kaw tu mesti suka pilihan ni. Rasa keaslian tu memang fuh! Dari mengantuk terus rasa nak buat kerja!
- MILO® Stik Pek
Tak payah susah-susah nak ceduk MILO® dari tin dan bawak pergi kerja dah. Rasa MILO® ‘ori’ tin yang digemari turun temurun, kini didatangkan dalam stik pek yang lebih mudah untuk dinikmati!
- MILO® with Whole Grain Cereal
Nakkan MILO® dengan sebagai sarapan lengkap? Tak ada masalah! Pun ada juga. MILO® dengan kebaikan bijirin bijian penuh supaya kekal kenyang dan puas lebih lama untuk korang terus bertenaga!
- MILO® Less Sugar
Kalau korang ingat MILO® tak ada yang kurang korang silap. Gula dalam MILO® Less Sugar ni dikurangkan sehingga 25% tau! Memang betul-betul menepati citarasa pengguna.
Mulakan langkah untuk berjaya dengan MILO®
Jaranglah admin dengar orang tak suka minum MILO®! Kalau kat pejabat, MILO® lah yang paling diminati. Mudah katanya. Korang kalau nak menjadi orang berjaya, perkara yang paling penting sekali mesti ada tenaga. Kalau tak, nak bangun katil pun malas betul tak?
Pemakanan korang juga penting sebab tu kena minum MILO®. Tenaga yang diberikan berpanjangan memudahkan korang nak lebih hustle! Jadi, jangan lengah-lengah dah, mula harini dan mulakan langkah kejayaan korang tu dengan MILO®!
Dapatkan di kedai-kedai berhampiran atau boleh beli online guys. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web MILO® dekat SINI!
Semoga berjaya guys! Fighting!