Baru-baru ini, viral di media sosial isu dialog kurang manis yang diungkapkan oleh pelakon Janna Nick dalam drama ‘Surat Dari Tuhan’. Menurut netizen, Janna tidak seharusnya melontarkan dialog tersebut ketika berada di Tanah Suci Makkah.
Berikutan daripada itu, OhBulan sempat menemu bual pelakon Nadiya Nisaa dan bertanyakan mengenai pandangannya berhubung apa yang telah berlaku.
Artikel Berkaitan: ‘Risau Perkataan Jahat Keluar Dari Mulut Ketika Di Makkah & Madinah’ – Janna Nick Kongsi Cabaran Pegang Watak ‘Misha’
Terletak pada niat
Menurut Nadiya, dia tidak sesekali menyalahkan Janna, malah berpendapat setiap pelakon mempunyai cabaran dalam menghidupkan watak, sungguhpun penggambaran dilakukan di mana sahaja termasuk Tanah Suci Makkah.
Kita kena faham setiap pelakon ada cabaran, di mana sahaja sama ada tempat suci atau paling kotor. Kita kena pergi dan kena ‘perform’, tapi hujung pangkal ia terletak kepada niat.
Sama juga bila saya menjayakan drama Adam dan Hawa, saya berpeluang menjejakkan kaki di Tanah Suci. Walaupun tahu kita seolah-olah menceroboh sebab mana boleh ‘shoot’ di hadapan, tapi apa niat kita? Saya tak boleh nak menyifatkan niat saya bagus atau tidak.
Tapi, Alhamdullilah drama Adam dan Hawa masih memberi kesan walaupun sudah 10 tahun. Setiap kali jumpa makcik pasti ingat babak di Makkah. Bila tengok babak ini terubat rindu pada Kaabah, tak dapat pergi ke sana sekurang-kurangnya dapatlah tengok.
Jadi, itu terletak pada penilaian masing-masing. Saya juga faham setiap pelakon mempunyai cabaran sendiri apabila diamanahkan dan diletakkan di tempat begitu. Saya tak boleh nak komen lebih, sebab ia terletak pada niat.
Nadiya yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem La Luna, Selasa lalu, memilih untuk tidak menyalahkan sesiapa di sebalik tabir drama kontroversi itu kerana percaya pihak produksi mahu menyampaikan mesej berguna buat penonton.
Kalau merasakan sesuatu yang ‘off’, dia takkan nak menjayakan babak ini. Tapi, Janna mungkin merasakan ia perlu, jadi berusaha lakukannya. Pada penghujungnya, kita semua tidak bodoh dan ada niat baik dalam menyampaikan mesej berguna kepada penonton.
Sama juga dengan filem La Luna ini, pengarah katakan mahu buat filem tak beradap dan kurang ajar, itu sahaja. Jadi, saya percaya Janna ada niat baik, malah penulis dan pengarah juga ada niat yang tulus.