berita

Settle Semua Bayaran Melalui Aplikasi MAE Untuk Peluang Menang RM100 Setiap Hari! Scan & Pay Je!

April 29th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Semakin hari, semakin ramai yang memilih untuk go cashless melalui “scan & pay” kerana faktor keselamatan dan lambakan wang palsu. Tambahan pula, kaedah pembayaran ini lebih simple dan mudah. Kita cuma perlu scan dan bayar. Memang praktikal!

Lepas tu, best giler sebab semua boleh settle dalam satu masa especially bila guna Scan & Pay di aplikasi MAE by Maybank2u. Siap boleh menang pulangan tunai sehingga RM100. Wow!

Menang pulangan tunai sehingga RM100 setiap hari!

Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Maybank melalui aplikasi Maybank MAE dengan berbesar hatinya nak belanja semua pengguna mereka yang go cashless, pulangan tunai sehingga RM100 setiap hari melalui kempen Raya IstiMAEwa.

Mudah je nak sertai kempen ni, korang cuma perlu Scan & Pay bayaran serendah RM30 melalui aplikasi MAE di lebih 300,000 kedai terpilih diseluruh Malaysia dan secara automatik korang akan terima pulangan tunai ini.

Jangan lupa setiap hari ada satu peluang untuk pulangan tunai ini, jadi korang settle je semua urusan pembayaran melalui transaksi Scan & Pay aplikasi MAE!

**Menang pulangan tunai sehingga RM100 sehingga 31 Mei 2022.
** Klik SINI untuk lebih info.

Bayar Zakat Fitrah Guna Aplikasi MAE!

Selain boleh bayar bil makanan, bil shopping, bil air, bil telefon, topup dan banyak lagi, sepanjang Ramadhan kali ini korang juga dah boleh bayar Zakat Fitrah melalui aplikasi MAE.

So, lepas ni takde dah alasan tak sempat nak bayar Zakat Fitrah sebab semuanya boleh settle dengan aplikasi MAE.

Bukan apa, seperti yang korang sedia maklum, kita mungkin perlu membiasakan diri hidup bersama-sama dengan Virus Covid-19. Oleh itu, fungsi pembayaran Zakat Fitrah ni memang sangat sesuai dengan keadaan negara sekarang.

Lagipun tak semua orang berani keluar jumpa orang kerana bimbang dijangkiti virus Covid-19. Bahkan, ada pesakit lama yang pernah dijangkiti virus ini, trauma dan takut nak kemana-mana.

Justeru itu, dengan adanya  fungsi pembayaran Zakat Fitrah melalui aplikasi MAE, ianya memudahkan urusan semua orang.

Walau bagaimanapun, proses pembayaran Zakat Fitrah melalui MAE memerlukan korang isi butiran peribadi dan jenis beras yang korang makan. Jenis beras ni jangan nak tipu-tipu pulak tau. Tak baik!

Nanti secara automatik, aplikasi MAE akan beritahu jumlah bayaran Zakat Fitrah yang perlu korang bayar. Last sekali, pastikan korang baca niat bayar Zakat Fitrah seperti yang terpapar pada skrin, barulah sah zakat yang kita dah keluarkan tu.

Boleh digunakan pada bila-bila masa!

Korang nak apa lagi? Semua bil termasuk zakat fitrah korang boleh bayar melalui scan & pay aplikasi MAE.

Tak kisah la korang nak bayar bila, sama ada pagi, tengah hari, petang, ataupun malam, anytime pun boleh guys! Yang penting, korang muat turun aplikasi MAE dalam telefon korang. Link ada dekat bawah.

Bagi korang yang tidak mempunyai akaun bank Maybank, korang boleh je muat turun aplikasi MAE dan daftar. Tak kena caj pun.

Jangan lupa follow media sosial Maybank Malaysia untuk maklumat terkini, pengumuman dan promosi terkini.

Klik SINI untuk maklumat lanjut berkaitan aplikasi MAE

Google Play: Aplikasi MAE

Apps Store: Aplikasi MAE

Huawei: Aplikasi MAE

 

SKIP THIS AD ×