Ali Puteh

Di TikTok, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur apabila perniagaan yang diusahakan olehnya dan isteri mendapat sambutan daripada netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kau K*ngkang, Kita M*in Ramai-Ramai’ – Ali Puteh Dakwa Isteri Pernah Terima Ugutan Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mana Hati Budi? Saya Ada Anak Kecil’ – Ali Puteh Kecewa Rumah Arwah Mak Bakal Disita

Alhamdulillah

Ali Puteh

Alhamdulillah, tak pernah terlintas di fikiran. Setiap ujian Allah pasti ada hikmahnya. Terima kasih semua sokong perniagaan saya dan isteri. Moga Allah murahkan rezeki kalian semua.

Menerusi video yang dimuat naik, wajah Ali kelihatan gembira dan terharu apabila netizen memberi sokongan terhadapnya dan isteri. Tambah Ali, selepas ujian yang berlaku di dalam hidupnya sebelum ini, dia tidak menyangka Allah memberikan hikmah yang baik buat dirinya dan keluarga.

Berikutan perkongsian tersebut juga, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kejayaan Ali dan isteri. Netizen turut memberi pesanan kepada Ali agar tidak lupa diri sekiranya sudah berjaya kelak.

Ali Puteh

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Ali berkata seumur hidup dia tidak pernah lupa diri. Jelasnya, dia sentiasa menjadi diri sendiri tidak kira waktu susah mahupun senang.

Sumber: Ali Puteh