Penyanyi Ernie Zakri akui tidak menyangka apabila dia akan bertanding dengan ibu saudaranya sendiri yang juga penyanyi terkenal Ziana Zain di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38).
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Gembira Lihat Sokongan Peminat Kuat Untuk Lagu Astana, Terkejut #JusticeForErnie Trending
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Hasrat Ziana Zain Mahu Lihat Ernie Zakri Nyanyi ‘Astana’ Tercapai – ‘Dia Sudah Bekerja Keras’
‘Takut’
Menurut Ernie atau lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, dia akui wujud perasaan takut dalam dirinya, namun percaya dengan aturan rezeki dari Ilahi.
Perasaan yang sangat takut, dia seorang yang bernama Ziana Zain. Tetapi saya percaya pada rezeki.
Saya melihat mak long (Ziana) daripada saya kecil lagi dan amat meminatinya.
Saya tidak menyangka apabila akhirnya dapat berada dan bertanding di atas satu pentas dengannya.
Dalam masa sama, pelantun lagu Astana itu turut meluahkan rasa gembira dan mendoakan urusan Ziana dipermudahkan menjelang anugerah berprestij itu.
Saya sangat gembira dan terus mendoakan mak long diberikan kemudahan ke AJL.
Untuk info, Ernie berjaya bolos ke AJL 38 menerusi lagu Astana, manakala Ziana menerusi lagu Waktu duet bersama Hasif Upin.
AJL 38 dijangka bakal berlangsung di dewan Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 3 Mac 2024.