berita

#SFMM38: Juri Terkilan Lagu Tidak Dinyanyikan Penyanyi Asal – ‘Contohi Jamal Abdillah & Ziana Zain’

December 18th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

SFMM 38

Pengarah muzik dan komposer, Datuk Mokhzani Ismail meluahkan rasa terkilan apabila terdapat beberapa buah lagu yang bersaing di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) dinyanyikan oleh penyanyi gantian.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Penerbit Eksekutif Terima Surat Penarikan Lagu ‘Budi’ Disaat Akhir – ‘Alasan Mereka Tak Dapat Beri Komitmen’

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Amir Jahari Sebak Lagu ‘Hasrat’ Layak Ke AJL38 – ‘Lagu Itu Dibuat Waktu Dapat Berita Arwah Ayah Diserang Kanser’

Puji Jama dan Ziana

SFMM 38

Ketika ditemui OhBulan!, Mokhzani berkata berkemungkinan penyanyi asal mempunyai alasan tersendiri untuk menggantikan penyanyi lain.

Namun, dia berpendapat sebuah lagu yang diminati dan diterima peminat disebabkan penyampaian serta kualiti pada penyanyi asal.

Agak terkilan bila ada yang menggantikan penyanyi lain. Kalau penyanyi senior masih sanggup berada di sini (bertanding), sepatutnya penyanyi lain patut mencontohi penyanyi senior.

Mungkin ada sebab mereka menggantikan dengan penyanyi lain. Lagu datang sebagai pakej, sebuah lagu itu diminati peminat juga disebabkan penyampaian penyanyi asal sendiri.

Apabila memilih penyanyi lain, harus memastikan sama hebat dengan penyanyi asal atau harus lebih hebat.

Mokhzani berkata demikian ketika ditemui usai pengumuman 12 finalis yang layak ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38), di Studio 1, Glenmarie Shah Alam, pada Ahad.

Mokhzani bertindak selaku ketua juri bagi SFMM 38 bersama barisan juri profesional lain iaitu LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

Meneruskan bicara, Mokhzani berkata sebuah lagu itu datang sebagai satu pakej yang merangkumi melodi, lirik dan penyanyi.

Juri menilai daripada sudut melodi, tetapi penampilan penyanyi itu juga sangat penting. Kalau yang menyampaikan lagu itu tidak mampu memberikan yang terbaik akan membawa ke penilaian markah.

Lagu datang sebagai pakej iaitu melodi, lirik dan penyanyi. Peminat pastinya mahukan penyanyi asal, namun juri melihat kepada kreativiti penciptaan lagu.

Sementara itu, Azmeer memberikan pujian kepada penyanyi senior iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Ziana Zain yang menyampaikan sendiri lagu mereka.

Contohi Jamal dan Ziana, mereka tidak menggantikan penyanyi lain demi industri muzik tanah air.

Terdahulu, beberapa buah lagu telah disampaikan oleh penyanyi gantian seperti lagu Santai nyanyian asal Fazial Tahir yang digantikan dengan Naqiu, Alah Bisa yang juga nyanyian asal Faizal Tahir yang digantikan oleh Putera Muhammad.

Selain itu, lagu berjudul Dua Darjat nyanyian Black Hanifah yang digantikan dengan Ara Johari.

SKIP THIS AD ×