berita

#SFMM38: Penerbit Eksekutif Terima Surat Penarikan Lagu ‘Budi’ Disaat Akhir – ‘Alasan Mereka Tak Dapat Beri Komitmen’

December 18th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Lagu Budi

Penerbit Eksekutif Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38), Sufian Che Isa memaklumkan pihaknya menerima surat rasmi berhubung penarikan lagu Budi sehari sebelum saingan hari pertama iaitu pada 14 Disember lalu.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Sufian Suhaimi Sedih – ‘Saya Nak Maklumkan Lagu Budi Tidak Akan Bertanding’

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Jangan Mati Rasa Itu, Astana & Darah Antara 12 Lagu Ke AJL38

‘Tak sempat cari pengganti’

Lagu Budi

Ketika ditemui OhBulan!, Sufian berkata pihaknya ada mendengar desas desus mengenai penarikan lagu tersebut lebih awal, namun ianya dilakukan secara verbal atau mulut.

Pihak lagu Budi memaklumkan kepada saya secara verbal pada sehari selepas majlis sidang media pengumuman 30 buah lagu yang layak ke SFMM iaitu pada 10 Disember lalu.

Tetapi surat rasmi daripada pihak mereka diberikan kepada kami pada hari Khamis iaitu 14 Disember. Memang tak sempat nak cari pengganti.

Sufian berkata demikian ketika ditemui usai pengumuman 12 finalis yang layak ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), di Studio 1, Glenmarie Shah Alam, pada Ahad.

Justeru kata Sufian, disebabkan pemakluman yang lewat, pihaknya kekurangan masa untuk mencari pengganti bagi mengisi kekosongan lagu Budi.

Lagu Budi menarik diri disebabkan alasan mereka tidak dapat memberi komitmen di SFMM38, pihak kami menerima alasan tersebut.

Disebabkan waktu yang terlalu singkat, pihak Muzik-Muzik tidak sempat untuk mencari pengganti lagu lain. Oleh itu, hanya sebanyak 29 buah lagu secara keseluruhan yang bertanding.

Terdahulu, beberapa jam sebelum saingan hari ketiga SFMM38, pelantun lagu Budi iaitu Sufian Suhaimi memaklumkan lagu berkenaan telah menarik diri di saat akhir.

Bagaimanapun, Sufian tidak mendedahkan punca utama lagu nyanyian bersama dengan penciptanya iaitu Luca Sicta dan Kmy Kimo itu menarik diri.

SKIP THIS AD ×