Penyanyi dan komposer, Amylea tampil membidas komen diberikan sesetengah pihak terhadap kualiti nyanyian yang dibawakan penyanyi, Nabila Razali.
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Nabila Razali Menangis Layak Ke AJL38 – ‘Ini Kali Pertama Saya Nyanyikan Lagu Sendiri Pada Peringkat Separuh Akhir’
Nabila ada kelebihan tersendiri
Ketika ditemui OhBulan!, Amylea atau nama sebenarnya Amylea Azizan berkata, Nabila mempunyai kelebihan yang tersendiri sewaktu menyanyikan lagu ciptannya yang berjudul ‘Selagi Ku Ada’ bersama Khai Bahar di atas pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38).
Saya ambil maklum mengenai komen sesetengah orang mengenai nyanyian Nabila tapi saya yang bekerja dengan dia di belakang tabir dan sebagainya. Jadi, saya tahu kelebihan yang ada pada dia.
Kadang-kadang perasaan gemuruh di atas pentas ni kita tak tahu macam mana, lain orang lain cara pembawakan dia. Tapi yang memberi kritikan kepada Nabila saya rasa kadang-kadang mereka macam melampau sangat walhal ada je lagi yang lebih teruk.
Saya sangat berpuas hati dengan persembahan Nabila pada SFMM dan dia dapat buktikan kepada orang ramai dan mampu layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38).
Amylea berkongi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media hari terakhir SFMM38 di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam.
Ketika ditanya mengenai kualiti nyanyian seorang penyanyi, bekas finalis Akademi Fantasia 3 itu berpendapat ia merupakan tugas seorang komposer untuk menonjolkan kehebatan yang ada pada seseorang penyanyi.
Saya sejenis seorang komposer yang akan menilai suara setiap penyanyi terlebih dahulu dan dari situ saya akan menyesuaikan lagu yang bagaimana dan pasangan yang mana sesuai untuk mereka.
Jadi untuk lagu ‘Selagi Ku Ada’ ini saya pilih melodi yang sesuai untuk Khai Bahar dan juga Nabila bagi memastikan mereka berdua tidak tenggelam antara satu sama lain dan dalam masa yang sama dapat ‘highlight’ kan suara Nabila.
Sebenarnya ia bukanlah soal kita sebagai komposer ni perlu berikan lagu kepada penyanyi yang hebat tetapi bagaimana kita nak tonjolkan kehebatan dan kelebihan yang ada pada seseorang penyanyi itu.
Sekadar info, lagu duet nyanyian Nabila bersama Khai Bahar yang berjudul ‘Selagi Ku Ada’ berjaya menempa tiket bersama 11 lagu lain ke AJL38 yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mac 2024.
Antara lagu lain yang layak termasuklah Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Astana (Ernie Zakri), Darah (Marsha Milan) dan Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain).