berita

#SFMM38: Ziana Zain Hargai Komposer & Penulis Lirik – ‘Saya Dah Tak Fikir Saingan’

December 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ziana zain sfmm

Lama tidak beraksi di pentas berprestij, penyanyi Ziana Zain bersama Hasif Upin bakal membawakan lagu berjudul Waktu di Semi Final Muzik-Muzik ke-38 (SFMM) dan berentap bersama 29 lagi lagu untuk mara ke final.

Artikel Berkaitan: 22 Tahun Tiada Persembahan Mega, Ziana Zain Buat Konsert Solo Tahun Hadapan

Artikel Berkaitan: 30 Lagu Bakal Berentap Di SFMM38! Ziana Zain, Aina Abdul & Hael Husaini Antara Persaing Hangat

Mahu buat persembahan terbaik

ziana zain sfmm

Ketika ditemui OhBulan!, Ziana berkata dia sama sekali tidak memikirkan tentang persaingan tetapi lebih menumpukan kepada elemen persembahan dan keupayaannya untuk menyanyikan lagu tersebut.

Saya dah tak fikir saingan, apa yang saya fikir adalah saya boleh bernyanyi pada hari itu. Saya fikir nafas saya ketika buat persembahan nanti macam mana. Puas hati atau tidak bila penonton dengar. Itu yang paling penting.

Ziana berkata demikian di sidang media Ziana Zain Konsert 2024 yang berlangsung di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Siti Roziana Zian ini mahu menjadikan kelayakannya di pentas SFMM38 sebagai tanda penghargaan kepada komposer serta penulis lagu tersebut iaitu Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat.

Saya hargai mereka yang mencipta lagu untuk saya. Mereka berharap untuk saya bawa lagu ini, saya tak sampai hati nak kecewakan mereka. Jadi niat saya, saya nak bawa nama komposer dan penulis lirik..bukanlah bawa diri saya sahaja. Saya mewakili mereka.

Terus terang saya katakan saya berasa gugup juga, tapi saya akan cuba yang terbaik.

Difahamkan, kali terakhir pelantun lagu Senja Nan Merah itu bertanding di Anugerah Juara Lagu adalah pada 2008 (AJL23) menerusi lagu Dingin.

SFMM 38 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy bakal bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut bermula 15 Disember hingga 17 Disember ini dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam jam 3 petang.

Terdahulu, Ziana mengumumkan bakal mengadakan konsert pada 25 Mei 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur setelah 22 tahun tidak membuat persembahan solo berskala besar.

Jangan ketinggalan untuk dapatkan tiket bermula pada harga Gold RM288, Platinum RM488, Diamond RM688, VIP 2 RM888 dan VIP 1 RM1088 di www.ticket2U.com bermula 15 Disember 2023 jam 10 pagi.

SKIP THIS AD ×