Ini adalah pertama kalinya hanya 10 lagu terbaik di Semi Final Muzik Muzik (SFMM39) terpilih untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).
Artikel Berkaitan: SFMM39: Misha Omar Terikat Komitmen Lain, Penerbit Bakal Usul Cadangan Penyanyi Asal Perlu Nyanyi Sendiri Lagu – ‘Berlaku Tiap Tahun’
Artikel Berkaitan: SFMM39: Vaneesa Reynauld Ganti Misha Omar Sampaikan Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’, Netizen Puji – ‘Not Bad’
Mara ke AJL39
Kelainan tersebut membuktikan bahawa hanya lagu yang benar-benar berkualiti layak ke anugerah berprestij itu.
Berikut OhBulan! senaraikan lagu-lagu yang meraih perhatian juri dan layak ke saingan AJL39.
1. Diam- Hael
2. Puas Sudah -Aina Abdul
3. Hening Rindu- Marsha
4. Aura – Ernie
5. Terus Bersinar – Hafiz Suip
6. Pujaanku – Masdo ft Aishah Aziz
7. Risiko- Benzoloo, Tuju & MK K-Clique
8. Sengaja – Amir Masdi
9. Saksama- Akim & The Majistret
10. Bukan Lagi Kita – Nadeera
Aina, Ernie & Marsha
Dalam pada itu, antara yang dinanti di pentas AJL sejak beberapa tahun ini adalah persaingan tiga penjuru antara Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha Milan. Sudah tentunya peminat mereka tidak sabar untuk melihat siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Vokal Terbaik.
Untuk makluman pada hari pertama SFMM39 menyaksikan 17 lagu bertanding manakala 13 lagi lagu pada hari kedua.
Dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, SFMM39 disiarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam dan juga distrim secara HD di www.tonton.com.my.
SFMM39 membariskan juri profesional iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad yang diketuai Edry Abdul Halim.