berita

Shah Iskandar Sanggup Tinggalkan Ibu Di Singapura

May 26th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

ABPBH2013LR-845

Mula menjadi perhatian peminat di Malaysia menerusi watak Ryzal dalam drama Teduhan Kasih, jejaka kacak yang berasal dari Singapura ini dilihat mampu mengorak langkah yang lebih jauh dalam industri hiburan Malaysia.

Walaupun gagal merangkul gelaran Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2012) yang lalu, Shah dilihat telah menebus kekalahan itu di ABPBH 2013 apabila dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular .

Menerusi temubual di Post Party ABPBH2013, Shah memberitahu bahawa dia terpaksa meninggalkan ibunya di Singapura demi kerjaya lakonannya di Malaysia.

ABPBH2013LR-840Shah Iskandar Mahu cipta ‘branding’nya di persada hiburan Malaysia

“Bidang lakonan di Malaysia sememangnya memberi banyak peluang. Tetapi kena bijak mengatur langkah untuk kekalkan populariti. Bagi saya sesiapa yang nak bermaustatin di Malaysia, saya nasihatkan fikir masak-masak sebab kena buat banyak pengorbanan.

Pengorbanan terbesar saya ialah saya terpaksa tinggalkan mak saya, Haliza Yusof di Singapura. Dia seorang ibu tunggal dan adik beradik saya pula selalu travel. Mungkin saya kena kerja lebih kuat dan boleh bawa dia tinggal di sini nanti.”

Tidak menjangka akan meraih anugerah tersebut, Shah memberitahu bahawa dia merasakan bahawa anugerah tersebut bakal dirangkul oleh Izzue Islam ataupun Adi Putra.

“Saya tak jangka akan menang. Bila masuk dalam senarai calon itu, Shah macam ‘underdog’ sebab bersaing dengan nama-nama besar.

Masa diumumkan sebagai pemenang, Shah sangat terkejut dan menggeletar atas stage sebab tak buat persediaan apa-apa. Tapi Alhamdullilah, berkat kerja keras, peluang untuk Shah jadi kenyataan. “

 

Screen Shot 2014-05-26 at 3.10.41 PM

Shah Iskandar menjadikan Datuk Rahim Razali sebagai idolanya

Dikatakan bakal mengikut jejak langkah Aaron Aziz, dia menyatakan bahawa dia masih perlu banyak belajar mengenai bidang lakonan sebelum mampu berdiri sama tinggi dengan rakan senegaranya itu.

“Aaron Aziz sudah ada brandingnya yang tersendiri. Daripada menggantikan dia, lebih baik saya cipta branding saya sendiri. Tapi, saya perlukan lebih banyak masa untuk mengasah bakat lakonan saya.”

Dalam pada itu, Shah juga memaklumkan bahawa dia bakal muncul dalam sebuah drama terbaru berjudul ‘Plan B’ yang ditayangkan di TV3.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×