
Usahawan terkenal Datin Seri Shahida berang dengan seorang warganet yang mendakwa dirinya tidak menghiraukan tentang anak.
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Tahap Kesabaran Ammar Ahyan, Melayan Aliff Syukri Gunting Rambut
Artikel Berkaitan: Ammar Ahyan Beri Pendapat Tentang DMA Islam – ‘Pemikiran Mungkin Betul Tapi Cara Dia Cakap Agak Kasar’
Datin berang
Menerusi sesi siaran langsung, Shahida atau nama lengkapnya Shahida Mohd Rashid dilihat tidak dapat menahan sabar dengan dakwaan individu tersebut dan menyelar komen yang ditulisnya.
Ada satu komen yang mengatakan, ‘Datin bukannya kesah pun pasal Ammar’. Komen ini buat saya marah, itu anak saya. Apa yang awak harap bila komen macam itu?
Awak nak saya turun bawah dan sambung gunting rambut?
Sebelum cakap tu fikir dulu, jangan main cakap pakai mulut sahaja.
Menurut Shahida, individu tersebut sudah melampaui batas kerana dakwaan itu amat berat untuk seorang yang bergelar ibu.
Aku tak peduli pasal anak? Aku bela dia sampai umur 17 tahun, kau kata aku tak kisah pasal dia.
Bab lain tak apa, kalau pasal anak aku memang naik angin. Mulut tu jaga sikit! Anak kau ke? Lain kali komen pakai otak.
Kalau aku tak hairan pasal dia, dia takkan jadi besar macam itu.
Anak nombor satu
Setelah reda dari kemarahan, Shahida menegaskan bahawa dia sentiasa mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya malah menjadikan mereka sebagai keutamaan.
Anak tetap nombor satu. Anak sakit tengah malam pun saya bawa pergi hospital, bawa kereta seorang diri pukul 3 pagi.
Tengah mengandung pergi outstation pun saya pernah bawa mereka ke hospital. Jangan kata anak, bibik pun saya bawa pergi klinik.
Saya ada perasaan sensitif sebagai seorang ibu.
Sumber: TikTok








