Umum mengetahui, penyanyi, Shahir Zawawi sah bergelar suami kepada pasangannya, Jaskin Jaludin, pada 2 September yang lalu.
Artikel berkaitan: Shahir Sah Bergelar Suami, Serah Hantaran Berjumlah RM20k
Terbaru, Shahir telah mempersembahkan lagu yang diciptakan khas buat isterinya ketika majlis resepsi yang berlangsung semalam, di Bizmilla Wedding Center.
Lagu ciptaan sendiri
Foto: Afil Syazwan
Menurut Shahir, lagu berjudul ‘Halal’ itu merupakan lagu pertama hasil ciptaannya sendiri dan dipersembahkan di hadapan tetamu yang hadir.
Saya ada menulis sebuah lagu khas buat sang isteri. Sebelum ini, ramai sangka lagu saya semuanya lagu kecewa. Saya tak pernah tulis lagu. Ini buat julung kalinya, saya tulis sendiri.
Ujar Shahir, jalan cerita lagu ‘Halal’ ini berkisar mengenai pengalaman sebenar perjalanan cinta dia dan Jaskin.
Ia berdasarkan pengalaman sebenar, perkenalan kami dalam tempoh yang singkat. Mudah-mudahan, anda dapat menikmati bait-bait lagu yang kami persembahkan ini.
Menerusi beberapa video yang dikongsikan di media sosial, Jaskin dilihat menitiskan air mata tatkala suaminya menyanyikan lagu tersebut.
Pengalaman yang cukup indah
View this post on Instagram
Sumber: Shahir Zawawi