Pemenang kategori Best Of Beauty & Fashion di Anugerah TikTok 2023, Shahira Azlan meluahkan rasa syukur apabila kerja kerasnya selama ini akhirnya membuahkan hasil.
Artikel Berkaitan: TikTok Awards: Khairul Aming Menang Creator Of The Year
Artikel Berkaitan: TikTok Awards Malaysia Jalin Kolaborasi Bersama TV3 Sebagai Rakan Media Paling Utuh & Berpengalaman
Make up RM2
Ketika ditemui OhBulan!, Shahira berkata dia turut berasa sebak sehingga mengalirkan air mata apabila namanya diumumkan sebagai pemenang dalam kategori tersebut.
Saya sebak sangat dan sampai menangis apabila nama saya diumumkan. Alhamdulillah, saya bersyukur kerja keras saya selama ini terbayar.
Buat konten make up ini sebenarnya sangat penat, pernah juga saya ambil masa sampai lapan jam untuk hasilkan satu look, itu paling lama.
Konten saya pula video transition, jadi di situ pun mengambil masa dan sedikit lambat. Make up dan edit semuanya saya buat sendiri.
Shahira berkata demikian ketika ditemui di Anugerah TikTok 2023 yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC), pada Ahad.
Sementara itu, disoal apakah kelainan yang dimiliki berbanding calon lain, Shahira berkata dia mempunyai kelebihan dalam menyunting video.
Selain itu, Shahira berkata konten solekan yang dihasilkan juga berbeza iaitu art make up.
Saya rasa kelainan yang ada pada saya berbanding calon lain ialah kualiti video yang dihasilkan.
Selain itu, jenis make up saya adalah art make up. Make up ini ada juga yang buat tapi kuantitinya orang yang buat masih tidak ramai di Malaysia.
Dalam pada itu, Shahira turut mendedahkan di awal penglibatan dirinya dalam dunia content creator, dia hanya menggunakan barangan solekan berharga RM2.
Pada awal-awal penglibatan saya sebelum orang kenal, saya hanya gunakan barangan make up dari kedai RM2 sahaja, itu pun modal daripada suami.
Suami saya yang cadang untuk masuk dalam dunia konten memandangkan saya ada bakat serta sedikit kepakaran dalam editing.
Dari situ lah bermula segalanya. Guna barang RM2, kemudian lama-kelamaan guna barangan berjenama sedikit.