Pelakon Shahronizam Noor disahkan menghidap kanser tahap dua menerusi pemeriksaan yang dibuat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Artikel Berkaitan: Shahronizam Syukur Terima Bantuan Daripada Seniman, Altimet & D’Ayu Pictures

Artikel Berkaitan: Kudung Jari Kelingking, Shahronizam Lebih Berhati-Hati Guna Alatan Tajam – ‘Takut Ibu Jari Pula Yang Hilang’

Kanser tahap dua

Memetik laporan Harian Metro, Shahronizam atau nama sebenarnya Shahronizam Noor akui reda sekali gus bersedia untuk menjalani rawatan susulan sebagai salah satu inisiatif mengubati kansernya.

Kalau keputusannya positif kanser, saya terpaksa ada buat rawatan mungkin radioterapi. Sekarang ini, saya reda sahaja.

Benda dah jadi, rezeki kita dan bahagian kita. Saya terima apa yang sudah ditetapkan Allah kerana pengakhirannya, kita semua akan mati juga, Tapi selagi hidup kita ikhtiar dan berubat.

Berkongsi lebih lanjut, isteri kepada pelakon berusia 53 tahun iaitu Safura Yaacob turut mengesahkan keputusan biopsi ketumbuhan scapula atau tulang belikat dialami suaminya adalah kanser.

Ujarnya, Shahronizam bakal menjalani rawatan sebanyak 33 kali bermula hujung tahun ini.

Keadaan tulang dalam itu (ketumbuhan dialami) adalah tahap tiga yang ganas dan kemungkinan besar boleh tumbuh balik dan disebabkan itu dia (Shahronizam) perlu membuat rawatan radioterapi dulu.

Shahronizam akan mula buat radioterapi pada hujung tahun (Disember ini) sebanyak 33 kali dan selepas itu kita tengok keputusannya macam mana.

Pada Ogos lalu, Shahronizam membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Ampang dan dirujuk ke Hospital Ampang.

Pada 12 September, Shahronizam menjalani proses ujian Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Hospital Ampang dan seterusnya dia dirujuk ke HKL.

Sumber: Harian Metro