Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin merupakan seorang model dan juga pelakon yang cukup terkenal. Beliau mula dikenali menerusi watak Ash dalam siri TV Tari Tirana pada tahun 2009 dan menjadi tumpuan serta kegilaan ramai apabila muncul dalam siri TV Asmara, Gemilang dan Tahajjud Cinta.
Sebelum ini, beliau mengalami kenaikan berat badan secara mendadak selepas mendirikan rumah tangga. Namun kini, beliau akhirmya berjaya menurunkan berat badan, sehingga kurus seperti beliau ketika remaja. Apa rahsia Shahz Jaszle ye?
Mengekalkan berat badan 70kg
Pelakon itu mengaku beliau menghadapi kesukaran dalam menurunkan berat badannya.
Berat badan saya pernah mencecah sehingga 89 kilogram. Saya akui sukar untuk menurunkan berat badan seperti zaman bujang dahulu.
Sejujurnya, hampir setahun saya mencuba menurunkan berat badan dengan melibatkan diri dengan pelbagai sukan tetapi tidak berhasil sangat.
Akhirnya, baru-baru ini, saya mengikut program diet yang diadakan oleh Queens Clinic dan sudah nampak hasilnya. Antara perkara yang mereka tekankan ialah pengambilan makanan.
Saya hanya perlu mengambil 500 kalori sahaja sehari dan ia berjalan dengan beberapa program diet lain yang dikawal oleh doktor. Sebelum bermula program, berat badan saya adalah sebanyak 81 kilogram dan kini ia turun 11 kilogram .
Harap kerjaya sebagai pelakon kembali seperti dulu
Bapa kepada dua orang cahaya mata ini juga berharap agar perkembangan kerjayanya akan kembali mekar seperti dahulu selepas dia berjaya mengurangkan berat badan.
Ada pengarah mencadangkan nama saya untuk memegang watak utama tetapi ia ditolak kerana saiz badan saya. Kini, saya sudah berjaya mengatasi masalah terbabit dan berharap ada peluang untuk kembali aktif memegang watak utama seperti zaman bujang dahulu.
Sumber: Astro Gempak, Shahz Jaszle