Pelakon Shakilla Khoriri mendakwa bekas suaminya iaitu penyampai radio Fizi Ali culas membayar nafkah serta perbelanjaan sekolah anak mereka, Ameena Sofia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizi Ali Menangis Rindu Ameena, Sudah 2 Bulan Tak Jumpa – ‘Anak Layak Dapat Kasih Sayang Sama Rata’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shakilla Khoriri ‘Block’ Nombor Fizi Ali Dakwa Wujud Campur Tangan Isteri – ‘Saya Tak Berminat Nak Bercakap Selain Dengan Bapa Ameena’
Culas bayar nafkah?
Ketika ditemui OhBulan! Shakilla turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia menghalang bekas suaminya daripada berjumpa dengan satu-satunya anak tunggal mereka.
Jelas aktres itu, pintu rumahnya sentiasa terbuka luas untuk menerima kunjungan Fizi berjumpa dengan Ameena.
Cukuplah kesalahan dia dan kesalahan saya yang kami masing-masing tahu, jangan libatkan anak. Apabila sudah melibatkan anak saya memang tidak suka.
Pintu rumah saya terbuka 24 jam untuk dia datang melawat anak, bila-bila masa nak datang dipersilakan, tapi dia langsung tidak telefon tanya okay atau tidak.
Malah, Ameena masuk sekolah pada tahun ini juga dia tidak bertanya tentang pakaian, uniform sekolah dan sebagainya. Tidak ada pembayaran, tiada nafkah dan perbelanjaan.
Shakilla berkata demikian ketika ditemui pada prosiding Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Rabu.
Dalam masa sama, aktres berusia 35 tahun itu berkata dia sentiasa sedaya upaya untuk merapatkan hubungan Ameena dan Fizi.
Sejujurnya saya melihat tentang apa yang sedang berlaku ini sebagai satu perkara yang positif. Saya bukan mak tiri dia mahupun mak angkat dia, saya mak kandung Ameena.
Dua tahun selepas saya berpisah dengan Fizi, saya adalah orang sedaya upaya merapatkan hubungan Ameena dengan bapanya.
Tetapi ada suara sumbang yang mengatakan saya menghubungi Fizi untuk urusan anak disifatkan sebagai tidak ‘move on’, pada saya itu tuduhan melampau.
Terdahulu, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai kes tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada bulan lalu.
Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.