Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa syukur kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan hak penjagaan sementara atau interim hadanah anak perempuannya diserahkan kepadanya, hari ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Paksa Saya Panjangkan Hal Ini & Buka Pekung Semua Terlibat’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: ‘Ameena Akhir-Akhir Ini Suka Tinggi Suara, Rasa Sedih Jatuh Air Mata Umi’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: Netizen Tanya Kenapa Tiada ‘Update’ Fasal Anak, Shakilla Khoriri Jawab – ‘Ameena Dengan Daddy Dia, Mereka Have Great Time Together’
Alhamdulillah
Menerusi posting di Instagram, Shakilla berkata, sebagai ibu dia akan melakukan yang terbaik untuk anaknya iaitu Ameena Sofia. Tambah Shakilla, dia yakin ini adalah perancangan Allah yang terbaik untuk dia serta keluarga.
Saya akan buat apa sahaja untuk Ameena. Saya sangat maksudkan apa yang saya cakap. Alhamdulillah, pagi ini pihak mahkamah dah putuskan hak interim hadanah berpihak kepada umi Ameena.
Saya percaya doa dan aturan Allah sentiasa tak salah alamat. Allah lebih tahu. Apa pun alasan dan tujuan kita sebagai manusia, hanya Allah sahaja yang mengizinkan-Nya.
Terdahulu, bekas suami Shakilla iaitu penyampai radio Fizi Ali memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka.
Ujar Fizi, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mahu anak perempuanya itu mendapat kasih sayang sempurna.
Sumber: Shakilla Khoriri