Gara-gara terlupa untuk memotong kuku pada kaki ayam, pelakon Shakilla Khoriri dibanjiri dengan teguran oleh warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Amboi Suka-Suka Je Menaip, Macamlah Tahu Kehidupan Saya’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Ajak Individu Disebalik ‘Fake Account’ Bersemuka, Penat Dilabel Penyondol
Penjelasan Shakilla
Menerusi hantaran di Instagram Story, Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri sebelum itu menyediakan juadah ‘masak kicap kaki ayam’.
Shakilla kemudian tampil menjelaskan bahawa dia sudah pun memotong kuku kaki ayam tersebut namun mungkin ada beberapa yang terlepas pandang.
Ramai yang direct message (DM) tegur pasal kuku kaki ayam tak potong. Saya buat! Cuma mungkin terlepas pandang sekaki dua.
Menurut aktres berusia 34 tahun itu, dia tidak dapat fokus ketika menyediakan makanan tersebut.
Saya pun geli juga lepas rekod ternampak kuku tapi nak buat macam mana. Benda pun dah post. Relaks.
Kepala tengah mamai memasak, begitulah.
Bagaimanapun, Shakilla berasa kecewa berikutan terdapat segelintir warganet yang mendakwa dirinya sengaja memberi makanan kotor kepada suami.
Tak baik cakap bagi suami makan makanan kotor. Jahat mulut.
Sumber: IG Shakilla Khoriri