Seperti yang diketahui ramai, perkahwinan penyampai radio, Fizi Ali dan pelakon, Shakilla Khoriri tidak berpanjangan selepas mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Disember 2021 yang lalu.
Meskipun sudah berpisah, Fizi dan Shakilla dilihat masih mengekalkan hubungan baik mereka demi menjaga dan membesarkan anak mereka, Ameena Sofia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Suka Tengok Fizi Ali & Shakilla Khoriri Utamakan Anak, Doa Moga Kembali Bersama
Tumpang gembira kalau Fizi kahwin lain
Terbaru, Shakilla berkongsi jawapannya terhadap satu soalan yang diberikan pengikutnya.
Menerusi hantaran Instagram Story, salah seorang pengikutnya bertanyakan adakah pelakon drama Papa Ricky itu akan sedih sekiranya Fizi memilih untuk berkahwin lain.
Kalau ‘Daddy’ Ameena dah kahwin baru? Umi Ameena sedih tak?
Shakilla mendedahkan bahawa dirinya tidak kisah malah akan tumpang gembira sekiranya bekas suaminya itu menamatkan zaman duda dengan pengganti baru.
Buat apa nak sedih kalau benda baik. Cerita saya dengan ‘Daddy’ Ameena dah lama berakhir.
Kami berdua layak untuk dapatkan bahagia masing-masing dan hubungan yang baik yang diberkati dan diredai Allah.
Sekadar info, Fizi dan Shakilla mengikat tali perkahwinan pada 18 Februari 2018 yang lalu.
Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia.
Walau bagaimanapun, ikatan perkahwinan mereka tidak berkekalan selepas mereka memilih untuk membuat haluan masing-masing dan berpisah pada Disember 2021 yang lalu.
Sumber: Instagram