Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau memuji tindakan Fattah Amin yang mengambil pendekatan mengunci mulut tanpa mendedahkan aib bekas isteri, Nur Fazura kepada umum selepas mereka sah bercerai.
Artikel Berkaitan: Ramai Rakan Artis ‘Backup’, Netizen Tanya Ini Solidariti Untuk Fattah Amin Ke? – ‘Dia Layak Dapat Sokongan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Fattah Amin Masih Sarung Cincin Kahwin – ‘Itu Bermakna Dia Sayangkan Isteri & Perkahwinan’
‘Berdiam tak bermakna kalah’
Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Alidin, 57, berkata, dia menyokong tindakan Fattah yang menyimpan rahsia bekas isteri meskipun berdiam diri tidak bermaksud kalah dan salah.
Saya pun tak sebelahi mana-mana, itu hal keluarga dia. Tetapi sebagai lelaki, dalam rumah tangga ini, kalau wanita sedang bercakap, biar dia bercakap dahulu.
Kalau dua dua nak bercakap, ia akan jadi kecoh. Selepas isteri habis bercakap, barulah kita berikan penjelasan kita pula.
Tak mengapa, suatu hari nanti kebenaran akan muncul. Berdiam diri sekarang tidak bermakna kita kalah, kita salah.
Shamsul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Salju Rindu Di Bumi Auckland yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, pada Rabu.
Berbalah tidak baik
Selain itu, kata Shamsul, sekiranya kedua-dua pihak saling membalas kenyataan, perkara itu tidak langsung mendatangkan manfaat. Sebaliknya mengundang kecaman serta tohmahan netizen.
Terdahulu, selepas Fazura disahkan bercerai talak satu, aktres itu secara terbuka mendedahkan sebab dia memfailkan perceraian kerana Fattah berlaku curang.
Tidak hanya itu, Fazura juga mendakwa Fattah culas membayar nafkah selain tiada lagi persefahaman antara mereka.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.