Pempengaruh media sosial, Shaniena Natasya mendedahkan bahawa meskipun sudah berjaya sebagai seorang usahawan, dia tidak akan pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang peniaga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Influencer’ Dakwa Ditipu 180K Dengan ‘Wedding Planner’, Hotel Tahan Makanan Tetamu & Tak Boleh Masuk Bilik
Bayar zakat bantu yang memerlukan
Menerusi hantaran yang dimuat naiknya di TikTok, Niena, 20, berkata dia tidak pernah culas untuk membayar zakat pendapatan berjumpah RM11,000 selain membantu golongan yang memerlukan.
Di sebalik Niena yang korang nampak huru heyhey ni, Niena takkan pernah lupa tanggungjawab untuk golongan yang memerlukan termasuklah kepada negara dan fakir miskin.
Dan Niena takkan lupa tanggungjawab sebagai peniaga, tanggungjawab kita semua kepada negara.
Niena juga sempat menasihati para usahawan untuk menjadi peniaga yang bertanggungjawab.
Dalam pada itu, Niena menyatakan kehadiran suaminya yang sentiasa memberikan sokonga teguh dalam dunia bisnes menjadi asbab kepada kejayaan yang dikecapinya.
Walaupun selepas kahwin, kami berdua belum pergi bulan madu lagi, fokus kerja ja. Bulan lima sampai bulan tujuh kami sibuk dengan produk ja.
Dua hari selepas kahwin, lancarkan produk meniaga bagi nak rak, Alhamdulillah produk berjalan dengan lancar.
Menurut Niena, kehadiran suaminya yang sentiasa memberikan sokong untuk terus teguh dalam dunia perniagaan menjadi asbab kepada kejayaan yang dikecapinya ketika ini.
Netizen puji Niena
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan usahawan beragama Buddha itu yang membayar zakat dan membantu mereka yang memerlukan.
Mereka juga berpendapat bahawa orang ramai serta peniaga yang lain wajar mencontohi Niena dan mendoakan agar perniagaannya sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber: TikTok