Pelakon kontroversi, Sharifah Sakinah menerusi satu hantaran di laman Instagram mendedahkan sudah berkahwin dengan tunangnya iaitu Michael Hansen.
Pendedahan yang dibuat secara tidak langsung mengejutkan wargamaya selepas pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 5 Mac 2021.
Artikel Berkaitan:Tempoh Perkenalan Hampir 9 Bulan, Sharifah Sakinah Dedah Sudah Bertunang Dengan Jejaka Sweden
Artikel Berkaitan: Tak Pernah Serik, Sharifah Sakinah Belanja Foto Berendam Dalam ‘Bathtub’
Artikel Berkaitan: ‘Tuhan Tarik Nikmat Bebas Memandu’ – Sharifah Sakinah
Tahniah Sharifah Sakinah!
Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menjelaskan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dia merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan umum.
Disebabkan ramai bertanya, ya kami sudah berkahwin. Kepada mereka yang hairan kenapa kami tak maklumkan mengenai perkahwinan ini adalah kerana isu peribadi dan hal agama.
Kami memilih untuk tidak menghebahkan sebelum ini, tapi sekarang baru kami bersedia untuk kongsi. Tak payah tanya lagi okay. Terima kasih semua.
Bagaimanapun, pelakon Kimchi Untuk Awak sama sekali tidak mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya bersama suaminya yang berasal dari Sweeden.
‘Tak payah tanya lagi’
Sekadar info, Sharifah Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015 bagaimanapun hubungan tersebut tidak berpanjangan dan mereka bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang berusia lima tahun.
Sumber: Sharifah Sakinah