Desas-desus mengenai status hubungan pelakon cantik jelita, Sharifah Sakinah dan jejaka dari Sweden iaitu Michael Hansen akhirnya terjawab selepas Sakinah mendedahkan mereka sudah pun bertunang.
Artikel Berkaitan: Tak Ada Benda Nak Tanya, Sampai Stokin Pun Jadi Isu! Soalan ‘Luar Biasa’ Peminat Sharifah Sakinah Bikin Terhibur
Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Dituduh Rampas Suami Orang?
Artikel Berkaitan: ‘Sumpah Saya Tak Tahu..’– Dakwaan Sakinah Sudah Kahwin, Ini Respon Sharifah Shahira
Walaupun begitu, Sharikah Sakinah tidak menceritakan mengenai pertunangan tersebut.
Sudah bertunang
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Memetik laporan daripada Media Hiburan, Sharifah Sakinah enggan mendedahkan secara terperinci berkaitan tarikh dan majlis pertunangan yang telah berlangsung itu. Tetapi dalam masa yang sama, Sakinah meluahkan rasa gembira atas perkenalan dan hubungan yang terjalin bersama Michael Hansen.
Saya gembira kerana berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir 9 bulan. Sejujurnya juga, kami sebenarnya sudah bertunang.
Tambah Sakinah lagi, mereka akan melangsungkan majlis akad nikah dalam keadaan serba ringkas. Hal ini kerana, Sakinah mengakui tidak mahu membazirkan duit untuk majlis perkahwinannya.
Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, Insya-Allah.
Bekas suami sangat memahami
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas suami iaitu Aliff Adha, Sakinah mengakui biarpun sudah berpisah, mereka masih berkawan demi anak kesayangan. Sakinah turut menyifatkan Aliff seorang bapa yang sangat memahami dan bertanggungjawab terutamanya apabila melibatkan urusan anak mereka, Anais Adha.
Saya tak rasa tekanan pun menjadi seorang ibu tunggal sebab bekas suami saya sangat memahami. Kami juga tidak ada pergaduhan langsung kerana kalau boleh, tidak mahu merumitkan keadaan.
Jelas Sakinah lagi, setiap kali jika dia perlu ke lokasi penggambaran, bekas suaminya itu akan mengambil alih menjaga Anais.
Sumber: Media Hiburan