Sebelum ini, aktres Sharifah Sakinah ada berkongsikan mengenai masalah Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Tiga Minggu Jalani Temu Duga & Beberapa Ujian’ – Sharifah Sakinah Mohon Pesakit ADHD Jumpa Doktor Bukan ‘Google’
Dilabel pemalas & manja
Terbaru, Sakinah, 32, mendedahkan dia tidak lagi memandu kenderaan selepas disahkan mempunyai masalah ADHD.
Menurut pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata dia bukan sengaja bersikap manja ataupun malas seperti yang dilabel oleh segelintir manusia. Tegasnya, dia mempunyai lesen memandu yang sah dan pernah memandu sendiri selama enam tahun.
Orang ramai tidak faham apabila saya memutuskan untuk tidak memandu lagi. Saya boleh memandu, mendapat lesen yang sah, memandu selama enam tahun dan orang hanya melabel saya sebagai malas atau manja.
Tuhan tarik nikmat
Jelas pelakon drama Girlfriend Dari Neraka, dia tidak boleh fokus ketika memandu kerana keberangkalian untuk ada simptom paranoid dan anxiety itu tinggi.
Akuinya, dia sendiri tidak berasa selesa apabila tidak memandu namun demi keselamatannya itu adalah pilihan terbaik.
Sebenarnya, semasa memandu, saya kerap hilang fokus, berangan, cuai, makin tua makin paranoid, anxiety semua ada. Naik grab atau minta orang lain pandu kereta ialah pilihan yang lebih baik walaupun tidak terlalu selesa.
Duduk jadi penumpang pun drama. Ia hanya pilihan yang lebih bertanggungjawab. Tuhan tarik nikmat bebas memandu ke mana-mana tapi takpalah ada hikmahnya, ada rezeki lain.
Sumber: Instagram @sharifah_sakinah