Umum sedia maklum bahawa pelakon drama, Sharifah Sakinah kini sedang giat mempromosi program kesihatannya, Fitness Sakinah. Program itu dianjurkan dengan tujuan untuk mengajak peminatnya beramai-ramai menjaga kesihatan dengan amalan bersenam.
Namun, niat baiknya telah disalaherti berikutan foto yang dimuatnaik dikatakan keterlaluan dan sengaja mahu menayang badan.
Tidak cukup dengan itu, ada sahaja perbuatan yang dilakukan oleh pelakon cantik ini nampak tidak kena di mata orang ramai.
Luahan rasa oleh Sharifah Sakinah yang dimuatnaik menerusi Instagram Fitness Sakinah
Mungkin merasakan kritikan yang diterimanya sudah melampai batas, Sharifah Sakinah telah memuatnaik sekeping foto menerusi laman Instagram Fitness Sakinah yang mengandungi nota luahan rasa daripadanya.
Dalam nota tersebut, pelakon itu mahu orang ramai agar tidak bersikap ingin menjatuhkan orang lain dan lebih berfikiran positif. Walaupun begitu, masih ada juga pihak yang tidak dapat menerima kenyataan yang dikeluarkan ini dengan mempersoalkan cara pemakaian pelakon itu.
Namun, para peminat telah menasihati Sharifah Sakinah supaya tidak terlalu memikirkan kritikan-kritikan tersebut dan menggalakkannya untuk meneruskan program Fitness Sakinah. Apakata jom kita lihat beberapa keping lagi foto aktiviti yang dianjurkan oleh Fitness Sakinah.
Kredit Foto: Instagram Sharifah Sakinah & Fitness Sakinah