Pelakon Sharifah Sakinah akui tidak mengambil serius mengenai komen berbaur lucah yang ditinggalkan seorang individu di ruangan balas pada sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Artikerl Berkaitan: Netizen Komen Dapat Jilat ‘Best’, Sharifah Sakinah Respon Takut Menyesal Je
Mahu perhatian
Menurut Sakinah, individu tersebut bertindak sedemikian kerana mahu meraih perhatian.
Malah, aktres itu memilih untuk ‘pin’ komen berkenaan bertujuan memaklumkan kepada umum betapa kotornya perkataan tersebut.
Memang sengaja saya tidak buang komen tersebut dan pin komen itu supaya orang ramai boleh tengok sendiri betapa teruknya kata-kata itu.
Tujuan saya pin adalah untuk memberi pengajaran kepada semua dan bahawa beginilah masyarakat kita.
Tapi tak rasa semuanya disebabkan masyarakat, mungkin sebab internet. Kerana saya dan mereka tidak bertentang mata membuatkqn mereka berani. Saya faham itu. Mereka mahu perhatian.
Kita semua perlukan perhatian apabila tidak diberikan perhatian.
Sakinah berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem lakonan terbaharunya berjudul Jemputan Ke Neraka yang diadakan di Starling Mall, baru-baru ini.
Tambah Sakinah, dia tidak peduli mengenai perkara tersebut kerana ia hanya berlaku di media sosial tetapi tidak pada realiti sebenar.
Lagipun mereka tidak buat apa-apa dengan saya. Ramai lagi yang masih sayang dan peluk saya kalau saya keluar ke mana-mana. Kehidupan saya bukan di Instagram.
Kehidupan sebenar saya adalah di luar sana bersama keluarga, orang tersayang termasuk juga para media.
Alhamdulillah setakat ini tiada lagi yang jumpa saya minta bukan-bukan. Mereka bercakap di belakang saya sahaja. Ibarat permainan monopoly.
Kalau saya melayan pun saya melayan dalam bentuk yang kelakar sahaja, tidak serius, bagi hiburan dekat orang ramai.
Ditanya adakah komen-komen negatif akan mengganggu kesihatan emosinya, ibu kepada seorang cahaya mata itu menjawab tidak sama sekali.
Saya ada impian saya sendiri yang perlu dikejar, jadi komen-komen nakal sebegitu tidak menganggu emosi saya sebab dari dulu saya lah pencetus perkara-perkara viral.
Saya dah biasa, kalis peluru. Saya dah tahu perkata itu hanya sekadar internet. Sesetengah pihak memang ada KPI mereka setiap minggu untuk cetuskan kontroversi. Itulah permainan sosial media.