Penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera meluahkan rasa bengang apabila penyewa rumahnya didakwa tidak menjaga kediamannya selama menyewa.
Artikel berkaitan: ‘Rasa Seperti Mimpi Bila Tyzo Tiada..Ramai Sukakan Dia..’ – Shiera
Artikel berkaitan: “Tak Sangka Keluarga Saya Menjadi Tumpuan” – Sharifah Shahira & Anak-Anak Kini Di Kaca TV!
Total lost!
Menerusi hantaran di Instagram Story, Shiera berkata, dia terpaksa menanggung kerugian besar kerana banyak kerosakan yang berlaku di rumah tersebut.
Halimah (penyewa) saya tak tahu nak cakap eh semua teruk. Saya tak tahu kamu makan macam mana tapi memang kotor lah semua. Saya memang nak kena buang semua barang saya.
Saya memang total lost. Ada orang nak masuk rumah tak nak barang ni semua. Awak memang merugikan saya banyak. Saya tak boleh tunggu duit awak semua saya kena buat report.
Bagaimanapun, Shiera menganggap perkara yang terjadi sebagai ujian di bulan Zulhijjah ini.
Baru beli lepas tu baru duduk setahun lebih je. Katil ni pun aku beli juga dia pegi tinggalkan tilam dia. Tilam aku mana?
Beli untuk dia masuk sampai hilang tilam aku dia bawak pula. Dugaan bulan Zulhijjah.
Sumber: Instagram