berita

Sharifah Shahirah Kena Tuduh Berkira Bayar Yuran Mengaji Anak

October 3rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyampai radio, Sharifah Shahirah antara selebriti yang lantang memberi pendapat mengenai sesuatu perkara terutamanya melibatkan isu yang dialaminya sendiri. Baru-baru ini, dia memuat naik satu luahan mengenai sebuah agensi pembantu rumah yang menyuruh dirinya menyelesaikan dokumen secara sendiri.

Menurut Shiera, walaupun semua urusan sudah dilakukan, proses tersebut masih ditangguhkan. Melalui perkongsian luahan tersebut, Shiera menerima kecaman daripada netizen yang mendakwa selebriti tersebut sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan pembantu rumah sedangkan soal agama dia memerlukan perkhidmatan yang percuma.

Memang tak tahu nak buat

https://www.instagram.com/p/B3HkvSFgpUh/

Menerusi Instagram Shiera, dia memberitahu bahawa dirinya tidak mengetahui cara membuat permit pembantu rumah secara online. Tambahnya, dia perlu lalui proses yang sukar seperti mengambil gambar luar dan dalam rumah, scan dokumen yang diperlukan dan pergi income tax untuk melengkapkan borang permohonan yang diminta Sebagai pelawak, dia benar-benar tidak tahu dan berdoa semoga permit untuk pembantu rumahnya diluluskan.

Rumah besar tapi mengaji minta free

https://www.instagram.com/p/B3I4m3pgwu_/

Posting yang dikongsikan oleh Shiera itu ternyata mengundang pelbagai komen daripada netizen. Salah seorang daripada netizen mengatakan bahawa penyampai radio tersebut mempunyai rumah yang besar namun, apabila soal hendak memanggil guru mengaji, penyampai tersebut inginkan perkhidmatan percuma.

Terkejut dengan komen yang ditinggalkan, Sheira menjelaskan bahawa kapsyen yang ditulis disalah ertikan oleh netizen. Menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah kalau bayaran guru mengaji RM600 untuk 10 kali sesi. Dia turut berharap netizen faham dengan apa yang hendak disampaikan.

Reaksi rakan artis dan netizen

Rata-rata netizen dan rakan artis puji kapsyen kenyataan balas Sharifah Shahira. Menurut mereka, jauh beza topik pembantu rumah dan mengaji. Selain itu, netizen turut memberitahu bahawa salah satu kemungkinan proses tersebut mengambil masa yang lewat ialah, pihak berkuasa perlu menyemak dahulu butiran yang diberikan agar tiada sebarang masalah yang bakal berlaku kelak.

Sumber: Sharifah Shahira

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×