Penyanyi Sharifah Zarina menyedari mengenai kecaman yang dilemparkan netizen kepadanya ketika mempersembahkan lagu popular dari Indonesia yang berjudul Dawai, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kecam Sharifah Zarina Nyanyi Lagu Dawai Sumbang – ‘Terus Pergi Langit Ketujuh, Shaky & Pancit’
Artikel Berkaitan: Tenang Nampak Anak ‘Sleep Call’ Boyfriend? Netizen Puji Sharifah Zarina Sporting – ‘Kalau Aku Sah Kena Kejar Dengan Parang’
‘Ada aku kisah’
Menerusi perkongsian di TikTok, Zarina atau nama lengkapnya Sharifah Zarina Wan Hassan, 41, berkata dia tidak kisah dengan segala kecaman tersebut.
Khas untuk pengecam semua, ada aku kisah?
Sementara itu, segelintir netizen yang singgah ke ruangan balas berkata, pelantun lagu Langit Ketujuh itu kelihatan sedang ‘koyak’.
Malah, tidak kurang juga ada yang mengusik dengan mengajak Zarina menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi memantapkan nyanyiannya.
Terdahulu, Zarina mempersembahkan lagu berjudul Dawai secara langsung dalam program yang diadakan oleh sebuah stesen televisyen tempatan.
Nyanyian Zarina dikritik dan dikecam netizen kerana dikatakan tidak sedap serta sumbang.
Sumber: TikTok