
Pelakon Sharmaine Alexander memilih untuk mengisi usia 20-an dengan mengimbangi kerjaya seni dan perjalanan akademiknya.
Artikel Berkaitan: Sharmaine Alexander Nafi Buat Suntikan Filler, Dedah Hidap Penyakit Kulit – ‘Berhenti Buat Andaian & Pilih Untuk Buat Baik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cara Bahagi Masa Antara Dewi Remaja, Pelajar Master & Chambering.. Saya Hampir Pindah Alam’ – Sharmaine Alexander
Penuhi usia 20-an dengan akademik

Menerusi perkongsian di Threads, Sharmaine berkongsi perjalanan akademiknya yang bermula dengan pengajian Asasi Undang-Undang pada 2018 hingga 2019.
Lebih membanggakan, Sharmaine kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Undang-Undang sejak 2026.
Perjalanan Pendidikan saya.
2018 hingga 2019, Asasi Undang-Undang.
2020 hingga 2024, Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian
2024 hingga 2025, Sarjana Undang-Undang
2026 dan kini, Doktor Falsafah (Undang-Undang)
Menurut Sharmaine, keputusan untuk meneruskan pengajian pada usia muda bukan sesuatu yang perlu dipersoalkan kerana setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan keutamaan masing-masing.
Apabila seseorang mengatakan saya membazir usia 20-an dengan belajar, kita semua akan berusia 30 tahun suatu hari nanti.
Jadi, lebih baik menjadi seseorang yang berusia 30 tahun dengan memiliki ijazah doktor falsafah.
Sumber: Threads @sharmainealexander







