Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai video promosi lagu raya usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berjudul ‘Love Raya’ yang telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Malah, perkara itu turut menyorot perhatian pelakon, Sharnaaz Ahmad.
Artikel Berkaitan: ’10 Malam Akhir Kejar Lailatur Qadar, Kamu Lancar Video Lagu Raya Tak Berakhlak! Delete Sekarang’ – Ibu Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘April Fool! Saya Tak Keluarkan Lagu Raya Pun Tahun Ini, Saja Prank Korang Semua’ – Aliff Syukri
Aliff Syukri ibarat warna
Biarpun menerima pelbagai kritikan, namun Sharnaaz mempunyai pandangan yang berbeza dan berpendapat kehadiran Aliff dalam industri seni memberi warna dan corak.
Menurut aktor itu, dia menyifatkan usahawan tersebut sebagai seorang penghibur.
Kalau tak ada dia (Aliff) dalam dunia seni bosan juga. Asyik, cerai, gaduh, putus, lokap (semua tu aku lah). Sebab, dia ini ibarat warna dan corak dalam sesebuah industri.
Walaupun orang kecam, orang macam dia tetap akan hiburkan dan cari masalah untuk tontonan kita.
Sharnaaz berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story miliknya pada Isnin.
Pada perkongsian sama, Sharnaaz juga mengajak semua orang untuk ‘melayan’ sahaja gelagat Aliff sementara usahawan itu masih ada dalam industri.
Enjoy sajalah selagi dia masih ada, salam Ramadan people.
Terdahulu, perkongsian sedutan lagu raya yang dibuat oleh Aliff di Instagramnya telah mengundang kritikan netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Aliff memuat naik satu babak daripada muzik videonya yang menampilkan dia dan beberapa penari mengenakan kostum yang terlalu aneh untuk dikaitkan dengan kedatangan bulan Syawal.
Tidak hanya kostum ketat sehingga menampakkan bentuk badan, gaya persembahan dia serta penari-penarinya juga menjadi bahan kritikan daripada wargamaya.
Sumber: Instagram