berita

Sharnaaz Ahmad Marah Dengan Pelakon ‘Merenyam’, Gesa ‘Banned’ Dari Muncul Di Televisyen

February 1st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, aktres Nabila Huda menyelar tindakan pelakon wanita yang tersuka dengan aktor Aliff Aziz ketika menjalani penggambaran satu drama.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Kata Tersuka Suami Saya’ – Bella Astillah Dedah Heroin Drama Jatuh Cinta Dengan Aliff Aziz, Kantoi Missed Call Banyak Kali!

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Geram Ingin Ganyang Heroin Drama Yang ‘Tersuka’ Aliff Aziz – Nak Jadi Pelakon Ke Pelacur Kat Set?’

Setiap drama akan kacau

Terbaharu, pelakon Sharnaaz Ahmad pula meluahkan rasa geram dengan isu tersebut di Instagram Stories. Bagaimanapun, aktor berumur 38 tahun ini tidak menujukan kepada satu pihak sahaja.

Kata pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, pelakon lelaki atau wanita sepatutnya diajar dengan digam daripada terus mendapat tawaran berlakon.

Sebelum ini, penyanyi Bella Astillah mendedahkan terdapat seorang heroin drama cuba mendekati Aliff. Lebih mengejutkan aktres terbabit cuba menghubungi Allif sebanyak tujuh hingga lapan kali pada waktu pagi.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×