Pelakon, Sharnaaz Ahmad menolak dakwaan yang mengatakan dia sudah pun mengikat tali pertunangan susulan tindakannya memuat naik sekeping foto bersama seorang wanita di atas pelamin di Instagram miliknya.
Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Selamat Bertunang? – ‘Mamu Kena Gari’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Restu Sharnaaz & Amelia, Pesan Jaga Mamu Dengan Baik – ‘Sama Cantik Sama Hensem’
‘Tipu semua itu’
Tampil menjelaskan kekeliruan yang berlaku, Sharnaaz atau nama lengkapnya Ahmad Sharnaaz Ahmad Basir, 37, berkata berita yang tular tersebut hanyalah sekadar khabar angin.
Tipu semua itu, tiada ada pun. Tiada kahwin atau apa-apa. Saya sedang bekerja sekarang ini.
Terdahulu, kecoh di laman sosial yang mendakwa aktor itu sudah pun mengikat tali pertunangan selepas dia dilihat memuat naik sekeping foto bersama seorang wanita di atas pelamin dan lengkap berbusana sedondon berwarna biru muda.
Malah, Sharnaaz turut menggunakan kapsyen seakan memberi bayangan dia bakal menamatkan zaman dudanya.
Pada perkongsian tersebut, turut dilihat anak kepada Sharnaaz iaitu Jebat Jayden.
Menguatkan dakwaan lagi apabila pelakon filem Polis Evo 3 itu turut menggunakan beberapa kapsyen seperti #MamuKenaGari #SxAeday dan #DalamHatiAdaTaman.
Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai secara hakam oleh mahkamah pada Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.