berita

Sharnaaz Mohon Maaf Guna Bahasa Kasar, Nafi Berbalah Dengan Azhar Sulaiman – ‘Dah Memang Macam Tu Aku Cakap’

November 3rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sharnaaz Ahmad Nafi Berbalah Dengan Azhar Sulaiman

Baru-baru ini tular mengenai isu membabitkan dua pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Azhar Sulaiman yang dilihat saling berbalah mengenai isu membabitkan peperangan di Palestin.

Susulan itu, Sharnaaz tampil membuat permohonan maaf sekiranya kata-kata yang digunakannya dianggap sedikit kasar bagi sesetengah individu.

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Malas Berdebat Dengan Azhar Sulaiman Fasal Ketua Hamas – ‘Lantak Kau Lah Bang’

Nafi berbalah dengan Azhar Sulaiman

Sharnaaz Ahmad Nafi Berbalah Dengan Azhar Sulaiman

Menerusi ruangan komen di sebuah portal, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memaklumkan bahawa dirinya memang mempunyai gaya percakapan yang sedikit kasar.

Dalam pada itu, pelakon yang berasal daripada Pulau Pinang itu menafikan dirinya berbalah dengan aktor seniornya, Azhar seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.

Saya tak berbalah dengan abang Azhar ya, saya cuma tak nak nampak kurang ajar di mata mana-mana pihak.

Maaf kalau bahasa saya kurang enak, nak buat lagu mana dah memang macam tu aku cakap.

Terdahulu, kecoh di media sosial membabitkan Sharnaaz dan Azhar yang dilihat saling berbalah dan berbalas kenyataan berhubung isu peperangan yang sedang melanda saudara sesama Islam Palestin di media sosial.

Sharnaaz dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan Azhar yang menyalahkan ketua Hamas dan menganggap mereka punca kepada berlakunya peperangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa.

Walau bagaimanapun, Sharnaaz kemudiannya dilihat mengalah dan tidak lagi mahu meneruskan perbalahan tersebut.

Sumber: Instagram

 

SKIP THIS AD ×