Komposer terkenal, Sharon Paul meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja mendapat tahu berita kehilangan dan kematian penyanyi Nidza Afham.
Artikel Berkaitan: Bomba Jumpa Mayat Lelaki Di Sekitar Jambatan Sungai Klang
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Terserempak Abang Aufahanie Berjogging Sebelum Hilang – ‘Dia Pakai Baju Jersi Hitam Tulis Nama Apam’
Artikel Berkaitan: Abang Aufahanie Dilaporkan Hilang Selepas Keluar Joging – ‘Amm Kau Dekat Mana?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keluarga Laung Azan Di Kawasan Nidza Afham Hilang – ‘Ikhtiar, Balik Lah’
Arwah sangat ceria dan suka buat lawak
Foto Nidza, Sharon dan beberapa artis di bawah syarikat rakaman Werkit Records
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Sharon berkata, dia tidak dapat menahan sebak apabila mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang semalam, merupakan mayat Nidza.
Saya kenal arwah sebab dia pernah jadi artis bawah syarikat rakaman saya iaitu Werkit Records. Saya kenal dia tiga tahun lepas, dan kontrak dia bersama syarikat saya hanyalah setahun.
Dia seorang yang sangat ceria dan suka buat lawak bodoh. Hati dia sangat ikhlas dan bersih. Dia selalu ambil berat pasal orang lain. Bukan sebab dia di bawah syarikat rakaman ya. Kami kalau ada buat aktiviti sukan, saya boleh tengok perangai setiap seorang.
Dia sejenis yang jaga orang ketika bersukan. Dia memang pandai dalam bab sukan sebab dia main bola sepak. Kami akan buat pertandingan badminton dan bola jaring.
Disoal bagaimana Sharon boleh tahu mengenai berita kehilangan dan kematian Nidza, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menjawab, dia mengetahui daripada media sosial dan rakan baiknya iaitu Fedtri Yahya.
Saya dapat tahu dekat Instagram masa dia hilang. Kemudian saya dapat informasi daripada sahabat saya iaitu Fedtri Yahya. Sekarang saya tengah tunggu info untuk majlis pengebumian.
Ujar Sharon, dia akan hadir majlis pengebumian arwah sekiranya sudah mendapat maklumat daripada keluarga arwah serta kenalannya.
Foto Nidza dan anak Sharon iaitu Ryan
Ditanya pula mengenai kali terakhir mereka berhubung ataupun berjumpa, Sharon secara ringkas memberitahu kepada OhBulan! bahawa kali terakhir mereka berhubung ialah pada tahun lalu.
Kami dah lama tak berhubung. Kali terakhir tahun lalu. Cuma, saya ada nampak dia baru-baru ini di konsert Ajai. Saya tak sempat cakap ‘hi’ kerana dia duduk di bahagian penonton manakala, saya di belakang pentas.
Di akhir temu bual, Sharon sempat berkongsi beberapa momen indahnya bersama Nidza.
Saya ada beberapa momen manis dengan dia. Pertama, kami buat lagu ‘Ternyata Bukan Aku’ bersama. Kedua, dia ada ambil satu gambar dengan anak saya iaitu Ryan. Gambar itu saya simpan sampai sekarang sebab dua-dua buat muka kelakar.
Bila dapat tahu pasal berita sedih ini, anak saya pun terkejut. Anak saya rindu dia. Dia memang budak yang sangat baik. Kami sedih sangat.