berita

Shashic Iewan & Filzah Azmi Sah Bergelar Suami Isteri

June 4th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sumber foto: Harian Metro

Hanya dengan sekali lafaz, pelawak dan pelakon, Shashic Iewan, 32, selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya yang juga seorang pelawak, Filzah Azmi, 33, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Jadi Peserta Tertua Di Kursus Perkahwinan, Watie Hanifiah Tak Sabar Nikahi Shuib

Artikel Berkaitan: Shila Amzah & Ubai Bertunang, Netizen Doakan Urusan #ShiBai Dipermudahkan

Selamat bernikah

Memetik Harian Metro, Shashic atau nama sebenarnya Muhammad Noor Shashic Iewan berkata mereka sudah lama menjalin hubungan dan bersukur apabila akhirnya ke jenjang pelamin.

Hubungan kami sebenarnya sudah lebih tujuh tahun. Bahkan sebelum jadi pelawak lagi pun.

Pasangan terbabit dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan iaitu Azmi Ghazli dan disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Titiwangsa, Kuala Lumpur, Mohd Fauzi Bashah.

Majlis yang diadakan di Doplohtiga Space Kuala Lumpur itu menyaksikan pihak lelaki telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100 berserta lima dulang hantaran.

Manakala, pihak perempuan telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki.

Pada majlis pernikahan tersebut, pasangan itu dilihat manis mengenakan busana lengkap berwarna hijau turquoise.

Sementara itu, Filzah yang juga anggota kumpulan Awok berkata kerana gagaplah dia tertarik kepada Shashic dan berharap perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Saya bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar. Sebagaimana pasangan lain, saya berharap perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Shashic dan Filzah sudah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.

Sumber: Harian Metro 

SKIP THIS AD ×