Berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak kerajaan telah mengumumkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia dalam menangani wabak Covid-19. Namun, ada juga dalam kalangan individu mendakwa bahawa kerajaan telah memberi layanan ‘istimewa’ kepada golongan tertentu berbanding rakyat biasa.
Terbaru, seorang pengguna Twitter, Afif Fathullah meluahkan rasa kurang senang dengan layanan yang diterimanya ketika berada di Taman Botani Perdana.
Anak tak boleh masuk taman
Menurut perkongsian tersebut, lelaki ini mendakwa dia dan anak lelakinya telah pergi ke Taman Botani Perdana tetapi setibanya di sana, penjaga di kawasan itu mengatakan bahawa pihak DBKL tidak membenarkan kanak-kanak memasuki taman tersebut. Tetapi pada keesokan harinya dia melihat Instagram angkasawan pertama negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar memuatnaik gambar empat orang anaknya sedang beriadah di taman berkenaan. Lelaki ini mengakui agak ‘keliru’ dengan layanan tersebut selain meminta pihak DBKL menjelaskan SOP yang sebetulnya.
Bukan salahkan Sheikh Muszaphar
Jelasnya lagi, perkongsian tersebut dikatakan bukanlah bertujuan untuk menyalahkan Dr. Sheikh Muszaphar atau melemahkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebaliknya dia berharap agar SOP tersebut dipraktikkan oleh setiap orang secara adil dan tidak dikecualikan kepada golongan tertentu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mendakwa mereka langsung tidak berdepan dengan apa-apa masalah ketika memasuki taman tersebut walaupun membawa kanak-kanak. Malah, tidak kurang juga yang meluahkan rasa terkilan terhadap DBKL.
‘Tempat sama layanan berbeza’
‘Guard pun benarkan je’
Sumber: Afif Fathullah