Pelakon veteran Sheila Mambo mendedahkan pernah menerima tawaran daripada stesen televisyen dengan kadar bayaran yang rendah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ’Saya Perjuangkan Supaya Artis-Artis Veteran Diangkat Martabat’ – Azlee Senario Menangis

Artikel Berkaitan: Ditipu Artis Veteran, Pelakon Tuntut RM8.58 Juta

Enggan rosakkan industri

Ketika ditemui OhBulan!, Sheila atau nama sebenarnya Rusilawati Hassan, 63, memaklumkan dia pernah ditawar serendah RM500 bagi sebuah watak.

Selain itu, Sheila berpendapat rakan selebriti yang lain akan turut terkesan jika dia menerima tawaran dengan bayaran sebegitu.

Kalau tahu harga saya, mereka akan bayar dengan harga itu. Tapi ada yang nak beri watak dengan bayaran RM500 sehari.

Mereka nak guna saya 12 hari dengan bayaran RM6,000. Sebenarnya mereka mahu cari pelakon, tapi tawar kepada saya dulu dengan anggapan saya akan terima.

Saya tak peduli kalau orang tak hargai saya.

Tapi, kalau saya ambil tawaran itu, saya akan rosakkan industri ini. Kasihan dekat kawan-kawan lain.

Sheila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama vertical berjudul ‘Pan Mee’ yang berlangsung di Hextar Tower, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Sementara itu, Sheila akui terbuka untuk menghadiri uji bakat bagi sesebuah watak yang memerlukan dirinya untuk berbuat sedemikian.

Melihat dari sudut positif, uji bakat ini bagus sebab kadang-kadang kita rasa watak itu sesuai tapi sebenarnya ada watak lain yang lebih sesuai.

Saya tiada masalah untuk pergi uji bakat, lainlah kalau saya pelakon gred A.