
Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly mengakui dirinya tidak layak untuk digelar sebagai cef selebriti meskipun sering berkongsi video masakan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Pelanggan Kurang Puas Hati Makan Di Restoran, Sheila Rusly Respon – ‘Kalau Tak Sedap, Saya Faham’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Rapat Dengan Mak Mentua, Tak Ada Iri Hati.. Cuma Kurang Chemistry’ – Sheila Rusly
Malu digelar ‘Cef Selebriti’

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Sheila, 54, memaklumkan dirinya berasa malu apabila digelar dengan gelaran cef selebriti.
Menurut Sheila, dia berpendapat dirinya tidak layak digelar cef memandangkan tidak mempunyai latar belakang dalam bidang tersebut.
Bila orang gelar saya sebagai cef selebriti, sejujurnya saya rasa malu.
Sebab rasa tak layak.
Jawapan saya sentiasa ‘maaf, saya bukan cef’.
Ramai jadikan inspirasi




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Sheila sebagai sumber rujukan terutama ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi pelbagai resipi yang dikongsikannya.
Sumber: Threads @sheilarusly_jspictures








