berita

Sheila Rusly, Suami Buat Laporan Polis Isu Blogger Kaitkan Anak Lelaki Dengan Janna Nick

August 25th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Penerbit terkenal, Sheila Rusly memaklumkan dia dan suaminya bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang susulan dakwaan serta tuduhan tidak berasas kepada mereka sekeluarga. Terdahulu, sebuah blogger telah mendakwa Sheila Rusly ingin menjodohkan anak lelakinya, Uzair Haqimy bersama pelakon Janna Nick tetapi hasrat tersebut tidak kesampaian.

Artikel berkaitan: ‘Jangan Sampai Saya Ambil Tindakan’ – Sheila Rusly, Suami Bengang Anak Dikaitkan Dengan Janna Nick Lagi

Artikel berkaitan: Menyesal Dengan Kesilapan, Blogger Minta Maaf Fitnah Keluarga Sheila Rusly

Suami saya yang menghubunginya

Terbaharu, memetik laporan Harian Metro, Sheila Rusly dan Jinggo telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang berhubung dakwaan berbaur fitnah itu. Difahamkan, Jinggo sendiri yang menghubungi blogger tersebut dan meminta penjelasan.

Dia tak ada menghubungi kami, sebaliknya suami saya yang menghubunginya menerusi Instagram dan selepas itu barulah dia memohon maaf. Saya buat laporan polis kerana saya nak mereka tahu, tidak semudah itu untuk mereka melepaskan diri dan permohonan maaf itu tidak dapat kembalikan keadaan seperti sedia kala.

Apa saja yang berlaku termasuk fitnah dan apa yang mereka lakukan untuk merosakkan imej saya, kalau boleh selesai dengan memohon maaf, tak perlulah ada mahkamah.

Jadikan iktibar kepada semua

Sheila Rusly juga berharap agar peristiwa ini dapat dijadikan sebagai iktibar kepada orang ramai untuk tidak sesuka hati membuat spekulasi tanpa bukti.

Jadi, saya berbincang dengan suami dan saya cakap, memang siapa yang buat salah, jalan paling mudah adalah dengan meminta maaf. Namun, adakah permohonan maaf itu dapat buatkan kita lupa akan perbuatan mereka yang saya anggap sebagai sesuatu yang keji kerana menjatuhkan maruah keluarga kami?

Jadikan ini iktibar kepada semua, tak kiralah sama ada anda blogger, media, wartawan, portal hiburan, mahupun forum yang membincangkan dan membuka ruang untuk orang lain menyebarkan fitnah. Kalau tak pasti, jangan kongsi semata-mata untuk mendapatkan pengikut atau tontonan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×