Pengacara dan pelakon Sherry Alhadad bersama pengacara Ain Edruce telah mengeluarkan kemunculan single Raya paling ‘havoc’ tahun ini, dengan lagunya, Balik Kampung…Gosip Raya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sherry Alhadad Puji Naz Rahman & Sissy Iman – Sangat ‘Classy’, Mereka Tahu Apa Yang Perlu Dicakapkan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ain Edruce Serah Tugas Kepada Amirul Beri Nama Anak Kedua – ‘Kali Ini Baby Boy’
Terus bersetuju
Bertemakan Seloka Raya – Dari Dulu Hingga Kini, lagu berkenaan diterbitkan oleh label muzik terkenal, Sony Music Entertainment Malaysia, dengan kerjasama AEON untuk muzik video yang bertemakan Seloka Raya – Dari Dulu Hingga Kini.
Menurut Sherry, selepas mendengar lagu itu dia terus bersetuju untuk menyanyikan lagu tersebut bersama Ain.
Sony Music hadir menyatakan hasrat mereka tentang sebuah lagu Raya. Pertama kali mendengarnya terus saya bersetuju tanpa berfikir panjang. Begitu juga dengan Ain dan semuanya siap dalam masa sebulan.
Sementara itu, Ain berkata ini adalah kali pertama dia bergabung bersama Sherry untuk menyanyikan sebuah lagu.
Ini bukanlah kali pertama kami bergabung, tetapi kali pertama dalam sebuah lagu.
Sebelum ini pun kami pernah bekerjasama beberapa kali dalam pelbagai program, dan sudah mengenali di antara satu sama lain. Bayangkan, kalau di set pun kami sudah ‘havoc’, apatah lagi dalam studio rakaman.
Lagu tersebut juga dipenuhi dengan kisah realiti yang mencuit hati seperti sebahagian daripada kisah lucu yang boleh dikaitkan, penuh drama tentang salah satu tradisi Raya yang menyeronokkan.
Diterbitkan Sony dengan kerjasama Aeon
Kerjasama ini menonjolkan komitmen AEON dalam meraikan tradisi Raya yang abadi melalui keindahan fesyen Raya.
Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen berkata mereka memilih Sony Music Malaysia kerana keupayaan mereka menggabungkan budaya dengan muzik kontemporari secara kreatif.
Istilah ‘Seloka’ melambangkan penceritaan yang santai dan bersahaja, pertukaran kata yang bijak, puitis, serta lucu dan kehangatan, persis lagu Balik Kampung…Gosip Raya oleh Sherry dan Ain.
Kerjasama ini mengingatkan kita bahawa walaupun zaman berubah daripada trend, gaya, hingga cara kita menyambut Raya, intipati perayaan tetap sama iaitu berkongsi kegembiraan dan mencipta kenangan bersama insan tersayang.
Selain Ain dan Sherry, video muzik (MV) lagu ini turut menampilkan Hafiz Hamidun, Vanessa
Reynauld, Adrianna Cinta dan bintang hip hop terkenal, Kidd Santhe, memeriahkan suasana.